Ahli kumpulan BTS, Min Yoon-gi atau lebih dikenali sebagai Suga dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi pengurusan BTS, Big Hit Music, selebriti berusia 28 itu sedang membuat kuarantin kendiri selepas pulang ke Korea Selatan dari Amerika Syarikat, apabila dia disahkan positif Covid-19.
Sambung agensi ini, Suga tidak mengalami apa-apa simptom Covid-19 dan kini sedang berehat di rumah. Difahamkan, dia tidak berhubung dengan mana-mana ahli BTS yang lain selepas menerima keputusan positif semasa kuarantin.
Big Hit turut berkata mereka meletakkan kesihatan para selebriti sebagai prioriti utama, jadi segala usaha akan dilakukan untuk mempercepatkan kesembuhan Suga.
Untuk rekod, Suga telah menerima dos vaksin Covid-19 kedua pada akhir Ogos lalu.
Semoga cepat sembuh!
Sumber: Soompi
BACA: BTS Menang 9 Anugerah Di ‘2021 Mnet Asian Music Award’, Hadiah Buat ARMY!