in

“Beri RM 15K sehingga RM 20K sebulan” – Suami Miera Leyana Nafi Abai Nafkah Isteri Pertama

Madu Miera Leyana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri hiburan kebelakangan ini kecoh dengan isu rumah tangga beberapa selebriti dan yang terbaru ialah isu rumah tangga pelakon Miera Leyana dan suaminya Rosland Othman serta isteri pertama Adibah Abdul Mutalib.

Adibah sebelum ini mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah kepadanya serta lima anak hasil perkahwinan mereka.


Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik itu menepis dakwaan tersebut dan berkata telah memberikan nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.

2 8

“Sehingga semalam pesanan membeli barang dapur saya tunaikan. InsyaAllah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi, tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.

Saya boleh tunjukkan apa bayaran dia dapat, saya ada beri tunai tidak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan sekolah anak tapi masih mengatakan saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak keluar kenyataan di media, saya suka simpan fakta ini di mahkamah.

Secara keseluruhan jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset dan bisnes (perniagaan) tidak menentu, saya beri (nafkah) tapi masih ada tohmahan tidak berasas,” katanya.

Sebelum ini, Rosland memfailkan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu selepas dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.

Selain itu, dia turut mengakui tidak lagi memberikan nafkah batin kerana mereka sudah tidak sefahaman.

Baca: “Bukan sebab penyondol” –  Linda Hashim & Beego Bercerai Tapi Dah Rujuk Semula April Lalu

Linda Dan Beego Rujuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.