in

Beri Komen Tiada Kaitan Dengan ‘Game’ Ketika Perlawanan Lee Zii Jia, Pengulas Dikritik Netizen

Pengulas Sukan Lee Zii Jia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke peringkat 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian, semalam.

Dalam aksi itu, Zii Jia mencapai kemenangan dengan keputusan 21-10, 21-13 dalam masa 34 minit yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena.


Pada perlawanan tersebut, bekas juara Asia dan All England itu dilihat beraksi dalam keadaan santai tetapi lebih bertenaga.

000 367Z6Vr

Artikel berkaitan: “Jangan sentuh keluarga saya” – Sering Jadi Tumpuan Media, Lee Zii Jia Beri Amaran?

Artikel berkaitan: “But daddy promise…” – Menangis Kena ‘Prank’, Anak Hairul Azreen Teruja Dapat Jumpa Lee Zii Jia

Pengulas sukan dikritik netizen

Pastinya, ramai yang menonton aksi perlawanan pemain berusia 26 tahun itu semalam terutama peminat sukan badminton.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menonton di sebuah saluran swasta, rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan seorang pengulas sukan yang mengulas aksi perlawanan Zii Jia.

Perkara itu diluahkan peminat di media sosial yang tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan pengulas terbabit.

Dalam video yang dikongsikan, pengulas mengeluarkan kenyataan yang tidak berkaitan dengan aksi perlawanan tersebut.

“Tak kisah kalau dia bersikap cold shoulder dengan rakan-rakan wartawan sebelum berlepas ke Paris… itu adalah pilihan beliau.

“Selepas ini jangan kerap sangat menyepikan diri, memencilkan diri daripada rakan-rakan yang bertugas untuk cuba lonjakkan imej anda,” kata pengulas itu.

Rata-rata peminat beranggapan bahawa komen sebegitu tidak perlu dan sepatutnya pengulas haruslah bersikap profesional.

Ada juga yang menasihati sepatutnya pengulas perlu memberi komen yang lebih bermotivasi dan bertenaga untuk para penonton dengar.

Screenshot 2024 08 01 141241 Screenshot 2024 08 01 141340 Screenshot 2024 08 01 141356 Screenshot 2024 08 01 141126

Apa pun, ayuh kita bagi semangat kepada semua pemain negara yang masih berlawan untuk misi meneruskan pemburuan emas pertama negara.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.