in

“Beri kami ruang” – Kareena Kapoor Keluarkan Kenyataan Susulan Insiden Menimpa Suami

ft keluarga trauma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang terkanal Bollywood, Kareena Kapoor memohon agar mereka sekeluarga diberikan ruang berkenaan dengan insiden yang menimpa suaminya Saif Ali Khan baru-baru ini.

Jelasnya, kejadian yang menimpa suaminya ini menyebabkan dia dan keluarga masih lagi dalam keadaan ‘tergamam’. Kareena juga memohon agar dia diberikan ruang dalam menghadapi detik yang sukar ini bersama ahli keluarga yang lain.


Artikel berkaitan : Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditik*m 6 Kali Oleh Penceroboh Di Rumah

Artikel berkaitan : “Saya tak suka dia” – Kareena Kapoor Kongsi Komen Jujur Tentang Lakonan ‘Teruk’ Salman Khan

“Dengan rasa hormat dan rendah diri, saya meminta agar media dan paparazi untuk elakkan membuat sebarang spekulasi dan liputan yang tidak henti-henti.”

“Walaupun kami menghargai keprihatinan dan sokongan, pemerhatian berterusan juga boleh menimbulkan risiko besar kepada keselamatan kami.”

Malah, pelakon filem Asoka ini juga meminta agar pihak berkaitan menjaga dan menghormati batasan mereka serta memberikan ruang untuk mereka tenangkan diri dalam melalui situasi ini

“Saya berterima kasih kepada anda semua atas kerjasama anda ketika waktu yang sensitif ini.”

 

Sebelum ini, dilaporkan Saif Ali Khan ditikam sebanyak 6 kali oleh penceroboh di rumahnya yang terletak di Mumbai, India, difahamkan ia berlaku pada awal pagi Khamis (16 Januari).

Saif Ali Khan telah dibawa ke hospital berdekatan rumahnya pada kira-kira 3.30 pagi semalam, ketua pegawai operasi hospital itu, Niraj Uttamani memberitahu dua tikaman itu didapati lebih dalam daripada yang lain.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.