in

Beri Ceramah Dakwa Siti Khadijah RA Dari Alam Melayu, Prof. Solehah Beri Penjelasan

syaz ft 2024 09 02T114459.704

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular sebuah video yang memaparkan seorang pensyarah menceritakan asal-usul Saidatina Siti Khadijah RA di mana dia mendakwa isteri Nabi Muhammad SAW itu berasal dari Alam Melayu.

Pensyarah itu, Prof. Dr. Solehah Yaacob bagaimanapun menafikan kenyataan itu dan berkata video itu telah disunting.


Artikel berkaitan: KPT Pandang Serius Isu ‘Ucapan Kontroversi’ Profesor Dari US, Gesa UM Segera Beri Laporan

Artikel berkaitan:  Tular Konon Bekas Isteri Engku Emran Jadi Isteri Ketiga Pendakwah Terkenal, Rupa-rupanya...

Menerusi laman Facebook miliknya, dalam ceramah bertajuk Peranan Wanita Islam di Bumi Melayu itu dia hanya menyebut mengenai catatan bahawa alam Melayu pernah memberi emas kepada Tanah Hijaz.

“Saya cuma membuka persoalan minta para pendengar berfikir, sebelum ni pun dah banyak perkara yang saya lontarkan dipandang hina oleh sebahagian netizen seperti perkataan calah, pedang nabi, Keturah tapi apabila saya mendatangkan data-data ilmiah mereka terdiam dan bersetuju.

Ada pun Sayidatina Khadijah isteri baginda Rasulullah SAW ini saya tidak mengatakan baginda dari alam Melayu, cuma beberapa catatan menyebut Alam Melayu pernah membantu memberi emas kepada Tanah Hijaz,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia juga mengingatkan agar orang ramai jangan cepat melatah terhadap maklumat yang kedengaran pelik kerana berkemungkinan kita tidak cukup mendalami sesuatu ilmu tersebut.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.