in

Beri Bayangan Nak Ceraikan Dua-dua Isteri Pada Oktober Lepas, Isteri Kedua PU Abu Kini Didakwa Sedang Hamil?

hana azraa hamil pu abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Oktober lalu, PU Abu atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 30, ada memberi bayangan bahawa dia dan kedua-dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa bakal membawa haluan masing-masing.

Keputusan itu juga diambil selepas perbincangan bersama dibuat mereka bagi mencapai kata sepakat setelah mengharungi kemelut rumah tangga selama enam tahun lamanya.


Screen Shot 2019 05 08 at 1.34.32 PM e1557293847927.jpg

Artikel berkaitan: PU Abu Perjelas Isu Rumah Tangga Bergolak, Isteri Pertama Dikatakan ‘Triggered’ Sebab…

Artikel berkaitan: “Ini adalah keputusan kami bertiga” – PU Abu Beri ‘Hint’ Bakal Berpisah Dengan 2 Isterinya?

Hana Azraa sedang hamil? 

Walau bagaimanapun, sebuah video yang dimuat oleh isteri kedua Abu, Hana Azraa semalam telah menarik perhatian netizen apabila ada yang mendakwa wanita itu kini sedang hamil.

Menerusi video itu, dapat dilihat Hana mengunjungi sebuah pusat perubatan di Kedah.

Malah ramai juga mendakwa terlihat ‘baby bump’ pada tubuh wanita itu yang menguatkan lagi andaian bahawa Hana sedang hamil.

Another blessing is coming (bakal tiba lagi satu anugerah),” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hanaazraa

Menerusi ruang komen juga ramai yang mengucapkan tahniah kepada Hana dan mendoakan kesihatannya serta bayi.

hana hamil

Untuk rekod, PU Abu telah mendirikan rumah tanggan dengan Ain Afini pada 2018 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kemudian dia berkahwin pula buat kali kedua dengan Hana Azraa pada 2019 dan mempunyai seorang anak lelaki.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka ya… 

Sumber: Instagram, Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.