Dengan kemudahan teknologi yang ada pada zaman sekarang, kita sudah boleh mengesan penyakit dengan lebih mudah dan cepat sebelum ia lebih pantas merebak ke dalam tubuh.
Terbaru kali ini, Apple Watch katanya telah berjaya mengesan kanser yang menjangkiti kanak-kanak berumur 12 tahun di Amerika Syarikat.
Menurut Hour Detroit, semuanya bermula apabila ibu kepada Imani Miles, Jessica perasan jam tangan Apple yang dipakai anaknya itu sering membunyikan beep pada waktu malam menandakan degupan jantung budak tersebut tidak normal dan pada kadar tinggi.
Ia sangat pelik kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Rupa-rupanya anak ada tumor pada apendiks
Jessica kemudian membawa anaknya ke hospital yang mana doktor dapat detect rupa-rupanya Imani menghidap neuroendocrine tumor pada apendiksnya iaitu sejenis kanser yang sukar didapati oleh golongan kanak-kanak.
Tumor tersebut seterusnya dibedah dengan cara yang sama seperti pembedahan apendiks dilakukan.
![Screen Shot 2022 10 20 at 3.28.45 PM 696x933 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2022/10/Screen-Shot-2022-10-20-at-3.28.45-PM-696x933-1.jpg)
Tambahnya lagi, ketika doktor dapat mengesan tumor anaknya itu, kanser berkenaan juga katanya sudah merebak ke beberapa bahagian tubuh kanak-kanak tersebut dan pembedahan diperlukan untuk merawatnya.
Ada juga kebaikan pakai Apple Watch ni kan dari nak bergaya je. Tapi kalau tak mampu takpe, banyak je brand lain dengan spec yang sama macam Apple Watch ni.
Baca: Produk Apple iPhone 6 Plus & iPad 4th Generation Kini Dikira ‘Vintaj’