in

“Berhenti mengata hal orang” – Baby Shima ‘Sound’ Zhiddin Aziz

Ft Zhiddin Aziz Vs Baby Shima

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai seorang pempengaruh ini dilihat semakin hangat apabila penyanyi Baby Shima pula tampil menempelak dia menerusi TikTok.

Dalam salah satu daripada 2 video yang ditujukan khas buat pempengaruh yang dikenali Zhiddin Aziz itu, Baby Shima membuat satu video parodi dan ajukan sinis daripada video asal di mana Zhiddin menegur penggunaan bahasa penyanyi tersebut.


Artikel Berkaitan : “Apa ni sedagha?” – ‘Influencer Sastera’ Didakwa ‘Ciduk’ Karya Orang Lain?

Artikel Berkaitan : “Kenapa Fujiyama, Himalaya?” – ‘Influencer’ Kongsi Maksud Sebenar Lagu ‘Nurse’ Viral Di TikTok

 

“Saya tak ciplak karya orang” – Baby Shima

Video tersebut memperlihatkan Baby Shima melampirkan keratan gambar status yang pernah dimuat naik oleh Zhiddin mengenai keluhannya terhadap baju bundle sambil memakai pakaian serba putih seperti mana  dalam video asal. Bahkan, Baby Shima juga menyemak penggunaan bahasa Zhiddin dalam status tersebut.

Malah, Baby Shima juga ada membuat teguran kepada Zhiddin untuk cermin diri sebelum mengata orang dan memberikan satu gesaan yang memberikan gambaran seperti bakal mengenakan tindakan undang-undang kepada pempengaruh itu seandainya ia keterlaluan.

@babyshimaofficial

Sebelum mengata orang cermin diri dulu😘 p/s:lebih baik dekat circus menghiburkan orang, daripada perangai yang suka mengata orang, tak pasal2 nanti surat dari lawyer sampai.. #babyshima #takmenanganugerah #fyp

♬ original sound – Neng BabyShima – Neng BabyShima

Dalam video yang sebelumnya, Baby Shima ada memberikan respon berkenaan dengan isu kemenangan Zhiddin yang dinafikan baru-baru ini. Jelas Baby Shima, mungkin terjadi disebabkan sikap pempengaruh itu yang suka mengata tentang orang lain seperti mana Zhiddin pernah mengata tentang dirinya.

“Saya memang tak sepandai sedara, tapi sedara menggunakan kebodohan saya untuk buat kepentingan content sedara.”

Dalam pada itu, Baby Shima turut memberikan satu sindiran tajam kepada lelaki tersebut dengan mengungkit kembali isu dakwaan ciplak karya orang lain.

“Tapi tu lah, alhamdulillah saya tak ciplak karya orang. Ya Allah, ingatkan dah habis, rupanya sedara ada lagi buat content tentang saya ya, sedangkan saya tak kacau pun hidup sedara. Saya tak kacau pun sedara, tapi sampai hati sedara ajak netizen maki saya,” katanya dengan nada sarkastik.

Dalam pada itu, Baby Shima turut menemplak abang kepada pempengaruh ini dan berdoa agar Zhiddin boleh memenangi anugerah.

@babyshimaofficial

smoga lepas ni ada kemenangan buat awak ye zhiddin #babyshima #zhiddintakmenanganugerah #fyp

♬ original sound – Neng BabyShima – Neng BabyShima

Sebelum ini tular satu isu di mana Zhiddin Aziz mendakwa dirinya digugurkan daripada Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 bagi kategori Ikon Belia Influencer (Media Sosial).

Bagaimanapun perkara itu telah pun diselesaikan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan selepas pempengaruh itu bersua dengan timbalan menterinya, Adam Adli.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.