in

Berhasrat Nak Sambut Belajar Di UK, Graduan Undang-undang Antara Ditahan Cuba Curi Kabel TM

syaz ft 2025 11 18T155837.815

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang graduan dalam bidang perundangan bersama tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan cuba mencuri kabel talian milik Telekom Malaysia (TM) pada Sabtu lalu.

Tertuduh, A Y Shiman Narayan, 41, yang bekerja di sebuah syarikat industri minyak dan gas, serta tiga yang lain, B Sujenthrran, 39; M Indran, 38; dan M Sujendran, 39 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan bersama dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.


Artikel berkaitan: Ingatkan Rakan Serumah, Rupanya Pencuri Tak Berbaju Masuk Rumah Untuk Samun Telefon Bimbit

Artikel berkaitan: 2 Lelaki Terkena Renjatan Elektrik Ketika Curi Kabel Pencawang Elektrik TNB

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa cuba mencuri kabel bawah tanah milik TM dengan membuka penutup lubang kabel di tepi Jalan Kamunting-Batu Kurau, berhadapan Kolej Vokasional (KV) Taiping, Kamunting, pada jam 1.50 pagi, 15 November lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 dan Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya, hukuman penjara, denda atau sebatan boleh dikenakan.

Timbalan Pendakwa Raya Nazura Azman mengendalikan pendakwaan, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V S Singaravadivel.

Nazura mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh, tetapi Singaravadivel memohon jumlah minimum dengan mengambil kira kerjasama semua anak guam dengan pihak polis serta status mereka yang sudah berkahwin dan menyara anak.

Beliau turut memaklumkan keadaan keluarga tertuduh, antaranya Sujenthrran yang menanggung empat anak dengan pendapatan RM2,000 sebulan sebagai penyelia syarikat kawalan keselamatan; Indran yang bekerja sendiri sebagai juruelektrik dengan pendapatan RM2,000 sebulan serta menyara tiga anak termasuk seorang bayi; dan Sujendran, seorang pemandu lori berpendapatan RM2,000 sebulan yang mempunyai anak berusia enam tahun. Shiman pula bekerja dalam industri O&G dengan pendapatan RM3,000 sebulan dan menyara empat anak yang masih kecil.

Peguam itu turut menyebut bahawa Shiman merupakan graduan ijazah sarjana muda undang-undang dan berhasrat meneruskan pengajian di United Kingdom (UK).

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin, dan menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.