in

Campur Air Tebu Dengan ‘Bahan Istimewa’, Lelaki Berang Dan Bunuh Bekas Majikan

air tebu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki bertindak membunuh bekas majikannya, selepas mendapat tahu air tebu yang diminum telah dicampur dengan air mani mangsa dalam perbuatan yang dianggap sebagai gurauan.

Terdahulu, Edivan Alves Cavalcante, 49, dilaporkan telah mencampurkan air maninya ke dalam segelas air tebu lalu memberikan minuman itu kepada suspek yang juga pekerjanya, Mauricio Roger Rodrigues Melo.


0 PAY Newsflash SperPrank 03

Suspek berusia 34 tahun itu hanya mengetahui tentang kejadian sebenar daripada rakan sekerjanya selepas dua tahun kemudian daripada insiden meminum air tebu campuran air mani itu.

Berang dengan gurauan kasar bekas majikan, Melo bertindak pergi ke syarikat di mana dia pernah bekerja itu pada 2 Mei lalu untuk berjumpa dengan bekas majikannya. Melo dilaporkan bertengkar dengan mangsa, sebelum bertindak menikam mangsa sehingga mati.

Suspek dilaporkan cuba untuk melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya.

Untuk rekod, kejadian berlaku di Valparaiso de Goias, sebuah kawasan perbandaran di negeri Goias, Brazil.

Gurau pun ada batas kan?

Kredit: Daily Star

BACA: “Air tebu ke air tangan” – Peniaga Air Tebu Dikecam Sebab Tak Jaga Kebersihan, Rupanya...

Capture 13

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.