in

‘Bergelut’ Dengan ‘Stiff Person Syndrome’, Celine Dion Nyaris Maut Sebab ‘Overdosed’

Celine 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi tersohor dunia, Celine Dion pernah dikhabarkan menghidap penyakit rare iaitu Stiff-person Syndrome yang membuatkan dirinya menjadi kaku dan hilang keupayaan untuk mengawal otot.


Pada bulan Disember tahun lalu, kesihatannya semakin merosot namun dia masih berusaha melawan penyakit tersebut.

Celine 4
Sumber: yahoo malaysia

Celine Dion ambil dos berlebihan, nyaris maut

Celine Dion yang baru sahaja melancarkan dokumentari ‘I Am Celine’, menceritakan kisah pahit dirinya pernah mengambil 80 sehingga 90 miligram ubat Valium setiap hari sedangkan dos dewasa hanyalah 2 sehingga 10 miligram untuk 3 atau 4 kali sehari.

Artikel berkaitan: “Tak dapat menyanyi macam biasa”- Celine Dion Hidap Sindrom Orang Kaku, Kesihatan Makin Merosot

Artikel berkaitan: “Leave me alone” -Tampil Kurus Keding, Celine Dion Suka Dengan Dia Punya ‘New Look’

Kesan daripada itu, pesakit berisiko untuk mendapat simptom koma dan perlukan rawatan segera.

Ianya hanya satu ubat.. saya tak nak dramatik tapi saya boleh mati. Saya ambil ubat tu sebab saya perlu berjalan, saya perlu telan. Saya perlukan ubat untuk berfungsi. Satu pil, dua, lima pil lagi..Terlalu banyak. Persembahan mesti diteruskan.

Penyanyi lagu ‘My Heart Will Go On’ itu juga mengalami sawan kerana terlalu penat selepas persembahannya buat kali pertama diadakan selepas berehat selama dua tahun.

Celine 2
Sumber: herald sun

Terpaksa halakan mikrofon kepada peminat

Celine Dion yang tidak mahu mengecewakan peminatnya turut berasa tidak puas hati apabila vokal nyanyiannya tidak menepati kemahuannya. Kadangkala, dia terpaksa berbohong untuk menutup kesakitan yang dilalui.

Saya tak boleh berbohong lagi. Daripada jangkitan resdung kepada jangkitan telinga. Kadang-kadang saya akan menghalakan mikrofon saya ke arah penonton dan akan membiarkan mereka menyanyikannya. Ada saat saya perlu menipu dengan mengetuk mikrofon seolah-olah ianya bermasalah.

Bagaimanapun, Celine Dion tidak pasti dapat menyanyi lagi tetapi dia tidak mahu hidup dalam keraguan.

Moga Celine dalam keadaan baik sahaja…

Sumber: NME, Business Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.