in

Berdepan Tindakan Buang Kerja Lepas Kritik KPM, Isu Cikgu Fadli Salleh Dapat Perhatian PM

Isu Cikgu Fadli Salleh Kpm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu membabitkan seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli Salleh yang telah membuat beberapa teguran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di atas tindakan beraninya itu, guru ini mendakwa bakal dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat kerana menyuarakan isu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid dalam kelas.


https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/pfbid0h3w2soqiEh34JY1jH8MQ9Xran1v64K1E8nC2eu5QMaVZNZETehTkD8N26kC8StgAl

 

“Saya menelefon ketua pengarah pendidikan mengenai guru yang viral” 

Susulan isu ini menjadi panas dan diperkatakan oleh netizen, ia telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu perkara ini diselesaikan dengan baik antara dua pihak.

Ismail juga memaklumkan bahawa dia telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu berkenaan, lapor Malaysiakini.

Kpbaru 1664534306

Saya menelefon ketua pengarah pendidikan (Pkharuddin) mengenai guru yang tersebar yang viral di dalam media sosial tentang kononnya tindakan akan diambil terhadap beliau seperti dipecat atau diturunkan pangkat digantung dan sebagainya.

“Jadi insya-Allah, surat tunjuk sebab itu memang perkara biasalah di dalam jabatan kerajaan, tapi esok jawatankuasa disiplin akan bermesyuarat dan keputusan akan dibuat selepas itu.

“Insya-Allah apa yang digambar dalam surat itu tidak akan berlaku, tapi saya tak nak mendahului jawatankuasa disiplin dipengerusikan KSU (ketua setiausaha kementerian, Yusran Shah Mohd Yusof), tetapi insya-Allah, perkara yang positif akan dapat kita dengarlah esok selepas mesyuarat,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook memaklumkan bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Cikgu Fadli.

https://www.facebook.com/DrRadziJidin/posts/pfbid0bbYsTSjWuqvkw7idKS5opLNSBdjEsAwJRQZckzUGM8TzA92BR7p9p3Yt6uu5XfYXl

 

“Saya tak tolak perubahan silibus, tetapi tolak perubahan melampau” – Cikgu Fadli 

Dalam pada itu, dalam satu sesi live yang diadakan Cikgu Fadli semalam, beliau menjelaskan bahawa dia tidak menolak perubahan silibus dalam pendidikan negara namun perubahan kurikulum itu perlu munasabah dengan tahap setiap anak murid, lapor Utusan Malaysia.

Saya tak tolak perubahan silibus, tetapi tolak perubahan melampau. Tetapi perkongsian ini dianggap ancaman kepada negara (apabila) cikgu bersuara tentang (kelemahan) dasar pendidikan,” katanya.

Whatsapp Image 2022 10 16 At 8.59.36 Pm

Malah beliau juga mendakwa budaya lapuk tak boleh ditegur telah berkembang secara meluas dalam Kementerian Pendidikan ketika pemerintahan Datuk Dr Radzi Jidin berbanding Dr Maszlee Malik sebelum ini.

Mana-mana guru yang menulis bertentangan dan mendedahkan kelemahan serta menegur kecacatan KPM akan dikenakan surat tunjuk sebab.

Apa-apapun diharapkan isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak. Yang penting ia menjurus kepada kebaikan masa depan anak-anak di sekolah. 

Baca: “Makin mengarut!” – Guru Dakwa Silibus Matematik Tahun 6 Kini Masukkan Bab Insurans & Takaful?

Matematik

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.