in

Beratur Sejak Semalam Nak Beli Tiket Final AFF Suzuki, Tapi Fans Kecewa Sebab…

Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Beratur Sejak Semalam Nak Beli Tiket Final AFF Suzuki, Tapi Fans Kecewa Sebab...
Loading
/

Bahang Final Piala AFF dah makin terasa ni, admin pun dah semangat and tak sabar nak tunggu hari perlawanan. Apatah lagi peminat-peminat bola yang lain. Mereka ni siap dah beratur dan bermalam dekat perkarangan stadium tau untuk beli tiket. Power lah! Salute admin dengan penyokong-penyokong Malaysia ni.

Sumber: Facebook


Tapi yang kurang enak didengar bila kita dah semangat beratur nak beli tapi pihak seliaan stadium pulak yang kurang best. Apa cerita ni?

Buat garisan polis sendiri

Melalui temu bual Berita Harian, penyokong dah datang ke stadium untuk membeli tiket sejak subuh semalam hingga ke pagi ni satu batang hidung orang stadium pun mereka tak nampak. Mereka juga bagitahu, garisan polis untuk orang beratur beli tiket tu mereka yang buat sendiri dan bukan orang stadium atau pihak berkuasa yang buatkan.

Capture 20181209 114402
Sumber: Twitter

Tak ada penghadang besi

Ada juga penyokong  yang datang dari Kelana Jaya berkata, dia  kecewa dengan sistem penjualan tiket yang dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak stadium. Langsung tak ada  penghadang besi atau garisan tali bagi membolehkan penyokong beratur untuk beli tiket.

Pihak pengurusan stadium padamkan lampu

Menurut penyokong yang datang ke perkarangan stadum sejak tengah malam tadi, perkarangan stadium jadi tak terkawal bila pihak pengurusan padamkan lampu di sekitar perkarangan stadium. Biar betul? Aduh kesian pula admin dengar…

Katanya, mula-mula tu terkawal je tapi bila dah padamkan lampu pukul 11 malam, situasi bertukar menjadi ‘panas’ dan ada pula penyokong dari belakang potong barisan. Mereka merasakan tak patut pihak stadium tutup lampu sebab ramai yang bermalam dekat situ dan tak ada satu pun pihak berkuasa yang mengawal keadaan masa tu.

Ada pengguna di Twitter berkongsi keadaan di stadium, sampai ada yang pengsan. Aduh.. Semoga semuanya ok dekat sana…

Capture 20181209 114727
Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Admin harap pihak stadium dapat tingkatkan lagi penyeliaan stadium, lagi-lagi musim Piala AFF ni dan korang yang beratur dari semalam tu semoga dapat tiket! Salute la!

Baca: “Saya Tidak Mahu Mereka Tahu Kesusahan Saya” – Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Kini Jadi Gelandangan

Gelandangan 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.