Siapa kat sini yang tak boleh makan kalau tak ada benda pedas dalam makanan? Rasanya kebanyakan orang Malaysia mesti macam tu kan? Tak boleh kalau tak ada rasa pedih-pedih dekat lidah bila makan.
Samalah dengan gadis ini yang kongsikan dia suka dengan makanan pedas. Walaupun pernah ditegur ibu sendiri untuk kurangkan makanan seperti itu, namun teguran tersebut tak diendahkan.
“Ala takde apalah”
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, gadis bernama Sha ini telah tunjukkan makanan segera pedas yang dia sering makan sehinggalah dia mengalami sakit perut pada suatu hari.
Namun bila dia membuat pemeriksaan, doktor sahkan dia telah menghidapi kanser ovari dan cyst.
Ni la jadi sebab tak dengar cakap mak. Ingatkan sakit perut biasa, rupa-rapunya kena kanser ovari dan penyakit cyst. Ujian daripada Allah sangat berat.”
Bukan sebab makan pedas
Bagaimanapun, di ruangan komen, seorang pakar pemakanan memberitahu bahawa punca gadis ini menghidapi kanser ovari dan cyst bukanlah disebabkan makanan pedas tapi kerana sering makan makanan segera dan makanan yang diproses.
Perkara ini turut dipersetujui oleh gadis tersebut dan turut memberitahu bahawa tujuannya memuat naik video ini adalah untuk memberi pengajaran.
Memang betul, makan pedas selalu sangat pun tak elok jugak lagi lagi bila makanan pedas tu adalah makanan yang diproses atau segera. Bahaya. Sikit-sikit bolehlah ok?