in

“Berat fitnah ni dik” – Dituduh Abai Anak & Curang Dengan Bekas Isteri, Fizi Ali Bagi Respon

Ft Fizi Ali Jawab Tuduhan Fitnah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih belum reda isu ‘berebut anak’ dan isu bersama bekas isteri, ada pihak yang cuba memfitnah penyampai radio, Fizi Ali dengan memberikan dakwaan yang Fizi anggap tak masuk akal.

Menerusi Instagram Story miliknya, Fizi Ali dilihat ada menunjukkan dakwaan tersebut dan tampil memberikan respon.


Artikel Berkaitan : “Lari la jauh mana boleh lari” –  Tak Dapat Hubungi Shakilla Koriri, Fizi Ali Bakal Bawa Isu Anak Ke Mahkamah?

Artikel Berkaitan : Dituduh Tak Jujur Dengan Bekas Isteri, Fizi Ali Tunai Janji Bawa Anak Ke ‘Waterpark’ Dengan Ibu & Kakak Baru

Dalam perkongsian itu, ada individu menemplak sikap Fizi Ali yang kini sudah berkahwin baru ini mahu berebut anak dengan bekas isteri.

Malah dakwaan individu tersebut dilihat agak melampau apabila Fizi Ali dituduh tidak ambil berat tentang anak kandungnya semasa masih bersama bekas isteri, Shakilla Khoriri dan dikatakan terhegeh-hegeh berebut anak.

Screenshot 2023 12 29 174352

Lebih melampau, Fizi Ali dituduh curang oleh individu tersebut. Terpanggil dengan tohmahan itu, Fizi Ali tampil bagi respon buat individu tersebut.

“Berat fitnah ni dik, awak tag saya maksudnya awak nak saya jawab, sebab masuk dekat dm saya ni.”

Untuk rekod, Fizi Ali dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata dan bercerai selepas 3 tahun bersama.

Sumber : Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.