in

“Berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan” – Sultan Pahang Sebak Umum Perkahwinan Tengku Afzan

Sultan Pahang Sebak Tengku Afzan Bakal Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernikahan puteri Sultan Pahang iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham nampaknya akan berlangsung tidak lama lagi.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah telah berkongsi di TikTok, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menyampaikan titah dalam nada sebak mengenai perkahwinan anakanda baginda.


Dapat dilihat dalam video itu, Sultan Pahang terpaksa berhenti seketika dan titah itu kemudian disambung oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Artikel berkaitan: “Langit cinta” – Tular Poster Istiadat Perkahwinan Diraja, Tengku Puteri Afzan Bakal Bergelar Isteri?

“Anakanda saya yang amat mulia… minta maaf. Puteri Afzan dan pasangannya, Fd Izham akan berlangsung tidak lama lagi, dipermudah oleh Allah SWT.

“Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina… akan kekal… baca ni (baginda meminta Tengku Hassanal),” titah baginda.

@cmspahang

berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan …

♬ original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang

Menerusi ruangan kapsyen video, Tengku Ampuan Pahang menyatakan betapa berat seorang bapa hendak melepaskan puteri kesayangan yang bakal berkahwin.

“Berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video berkenaan yang mempamerkan kasih seorang ayah kepada anak perempuannya.

Screenshot 2024 08 21 143557

Kami mendoakan agar majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu dipermudahkan…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.