Kalau kita kecil-kecil dulu, mesti ibu bapa kita akan ingatkan supaya balik rumah awal kalau dah keluar sejak petang tu. Katanya nanti adalah ‘benda’ mengikut ataupun terjumpa dengan hantu dan sebagainya.
Seakan sama dengan kisah ini, apabila seorang kaki pancing ini terjumpa dengan sosok menyeramkan sewaktu hendak pulang dari memancing.
Kelibat rambut panjang dah ‘tunggu’
Sejak beberapa hari lalu, sebuah video tentang kisah seram seorang kaki pancing ini menjadi tular dan mula mendapat perhatian ramai.
Menerusi posting oleh @redzuan9652, terlihat rakaman seorang lelaki ini yang dikatakan baru saja selesai memancing di kawasan Titi Gantung Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan difahamkan hendak keluar dari kawasan tersebut selepas waktu maghrib dan telah mengeluarkan telefon untuk buat rakaman sekiranya ada apa-apa terjadi.
Sampai satu ketika, dia perlu melalui sebuah jambatan gantung ini dan keadaan sewaktu itu sangat gelap sebab tiada sebarang lampu disitu.
Semasa dia berjalan perlahan-lahan di atas jambatan itu, terlihat seakan satu sosok samar-samar kelibat ‘rambut panjang’ yang sedang berdiri seorang diri. Selepas dilihat dengan lebih teliti, memang jelas kelihatan kelibat berbaju putih yang seakan tengah menunggu di hujung jambatan berkenaan.
Oleh sebab terlampau takut, dia terus berlari pergi dari jambatan tersebut.
Perkongsian video berkenaan telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 24k tontonan di TikTok.
@redzuan9652 Tengok sampai habis…👻
“Dia ajak mancing tu”
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di media sosial. Ada yang bergurau, mengatakan bahawa mungkin benda itu tengah tunggu untuk memancing bersama lelaki tersebut.
Selain itu, ada juga warganet yang turut berkongsi pengalaman seakan sama dilalui oleh kaki pancing itu.
Berani betul dia jalan dekat kawasan tu sorang-sorang eh. Kalau min tak ada berjalan, lari saja sebab takut huhu.
Baca : “Ada hantu?” – Netizen Seram Tengok Kerusi Belakang MP Hannah Yeoh Berpusing Sendiri