Cabaran makanan telah meraih populariti di seluruh dunia. Macam dekat Malaysia, antara cabaran makanan yang paling popular di kalangan kita adalah cabaran pedas. Rakyat Malaysia kalau pasal pedas ni memang suka betul cabar diri sendiri untuk mengetahui tahap kepedasan mereka. Jadi, memang tak peliklah kalau banyak restoran menyediakan makanan dengan tahap kepedasan yang maksima.
Kalau korang merupakan seorang ‘kaki pedas’, Richeese Factory kini membuat cabaran untuk uji tahap kepedasan korang! Dengan slogan “Berani Cuba”, Richeese Factory memperkenalkan Fire Chicken iaitu ayam goreng rangup, dilapisi sos BBQ pedas berapi bersama sos cheese yang boleh dicuba mengikut tahap kepedasan pilihan korang. Berani ke nak cabar diri hingga ke tahap maksimum?
Apa yang menarik tentang ‘Ayam Berapi’ ni?
Kalau korang nak tahu, Fire Chicken dari Richeese Factory ni bukan sekadar ayam goreng biasa tau! Ia merupakan sesuatu hidangan istimewa yang dibawa ke Malaysia dengan:
- Lapisan ayam rangup yang digoreng sempurna.
- Sos BBQ pedas yang unik, pekat dan cukup rasa.
- Tahap kepedasan dari Level 0 (tak pedas) sehingga Level 5 (pedas ekstrem) memang sesuai untuk korang yang berani!
- Sos cheese istimewa yang korang boleh cicah dengan ayam Fire Chicken! (Ni boleh jadi trick untuk buat ayam lebih sedap dan kurangkan rasa pedas).
Dengan tagline “Berani Cuba”, cabaran ini bukan sahaja untuk korang rasa kepedasan ayam hidangan Richeese Factory ini, malah turut menguji ketahanan diri korang. Rasa pedasnya gerenti akan buat korang berpeluh tapi pada masa yang sama korang akan suka dengan rasanya yang unik!
Kenapa korang perlu buat cabaran ni?
Seperti yang disebut, makanan pedas ni dah jadi seperti budaya di Malaysia. Mana tidaknya, kalau makanan yang ada tu tak pedas, memang kurang berselera nak makan. Jadi disebabkan ini, Richeese Factory telah mengambil kesempatan untuk menjadikan minat pedas kita sebagai satu cabaran yang menyeronokkan.
Jadi apa yang korang boleh buat adalah, uji diri korang sendiri dengan tahap kepedasan yang mampu korang “tahan” sambil rakam video korang “Berani Cuba” makan Fire Chicken. Lepas tu, korang juga boleh tag rakan-rakan korang di media sosial dan cabar dorang untuk cuba dan lihat siapa yang boleh makan Fire Chicken ni sehingga ke Level 5!
Dengan melakukan cabaran ini, korang bukan sahaja boleh menguji tahap kepedasan korang, tapi juga korang boleh kongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Cara sertai cabaran Ayam Berapi Richeese
Cara nak join cabaran ni senang je:
- Kunjungi mana-mana cawangan Richeese Factory yang berhampiran dengan korang.
- Pilih tahap kepedasan:
- Level 0: Selamat untuk semua.
- Level 1-3: Pedas sederhana namun mencabar dan masih boleh dinikmati.
- Level 4-5: Tahap ‘berapi’ untuk orang yang betul-betul berani!
- Ambil gigitan pertama dan rasa sendiri kepedasan Fire Chicken!
Agak-agak korang mampu tak habiskan pedas Level 5 tanpa minum air?
Richeese Factory: Hidangan ayam segar & pedas
Walaupun baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada Februari 2023 yang lalu, nama Richeese Factory ni memang tak asing pada rakyat Malaysia, khususnya untuk orang-orang yang gemar dengan ayam goreng. Ini kerana, Richeese Factory menghidangkan menu yang penuh rasa, segar serta unik.
Jadi memang tak hairanlah kalau Richeese Factory sekarang telah membuka lebih 69 cawangan di seluruh Malaysia dan menjadi salah satu restoran makanan segera kegemaran ramai.
Kalau korang nak tahu, menu ayam di Richeese Factory merangkumi Fire Chicken (pilihan sos level 0 yang tak pedas hingga level 5 iaitu sangat pedas), Flying Chicken (pilihan pedas dan tak pedas). Dan, untuk orang yang tak tahan pedas seperti kanak-kanak, mereka turut tawarkan menu ayam tak pedas iaitu Richicken dan Crispy Chicken.
Tak cukup dengan ayam goreng, Richeese Factory juga turut mempunyai hidangan Fire Burger untuk penggemar burger tau! Selain burger ayam, korang juga boleh menikmati Fire Burger daging bersama sos BBQ pedas tau!
Jadi apa tunggu lagi? Jom serbu cawangan Richeese Factory berhampiran dan join cabaran Fire Chicken untuk rasai sendiri pengalaman yang memang korang tak akan lupa.
Adakah korang mampu tahan kepedasan Fire Chicken ni? Berani Cuba?