Seramai 22 atlet paralimpik negara akan bersaing di pentas Paralimpik Tokyo 2020. Semalam mereka telah berlepas ke Tokyo, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menggalas cabaran negara untuk meraih pingat emas dalam acara masing-masing
Korang boleh tengok detik-detik sebelum mereka berlepas ke Tokyo dalam video @MSNMALAYSIA di bawah.
Selamat berjuang wira & wirawati Negara❤️
22 atlet dan jurulatih dari sukan para memanah, para olahraga, boccia dan tenis kerusi roda berlepas malam ini bagi menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Safe flight everyone✈️#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics pic.twitter.com/hZKxld7mcl
— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) August 21, 2021
Senarai atlet dan acara Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula secara rasmi pada 24 Ogos ini dan akan melabuhkan tirainya pada 5 September depan. Berikut adalah sembilan acara sukan yang melibatkan 22 atlet negara.
Olahraga
- Abdul Latif Romly
- Muhammad Ziyad Zokefli
- Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
- Wong Kar Gee
- Siti Noor iasah Mohamad Ariffin
Berbasikal
- Mohamad Yusof Hafici Shaharuddin
- Muhammad Hafiz Jamali
- Zuhairie Ahmad Tarmizi
- Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
- Nurul Suhada Zainal
Renang
- Brenda Anelia
- Muhammad Nur Syaiful Zulkefli
- Jamery Siga
Memanah
- S. Suresh
- Wiro Julin
Badminton
- Cheah Liek Hou
- Didin Terasoh
Boccia
- Chew Wei Lun
Angkat Berat
- Bonnie Bunyai Gustin
- Jong Yee Khie
Ping Pong
- Chee Chaoming
Tenis Kerusi Roda
- Abu Samah Borhan
Untuk rekod, Malaysia telah meraih tiga pingat emas dan satu pingat gangsa dalam edisi Paralimpik Rio 2016 yang lalu dengan rekod dunia dipecahkan oleh barisan atlet negara kita. Semoga kali ini mereka berjaya membawa pulang lebih kilauan emas untuk negara. Malaysia Boleh!