in

Berang Tunang Gagal Ujian JPJ 2 Kali, Wanita Ugut Mahu Putus Jika Gagal Lagi

cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebilangan besar daripada kita pasti mempunyai pengalaman mengambil ujian JPJ untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan menunggang motosikal. Meskipun ujian JPJ adalah mudah bagi sesetengah pihak, namun ia sebenarnya menggerunkan dan tidak semudah seperti yang disangka.

Ada juga situasi di mana seseorang itu perlu mengambil ujian JPJ berkali-kali kerana sering gagal.


Mahu putus tunang kerana gagal ujian JPJ

Baru-baru ini, seorang individu ada berkongsikan masalah berkenaan tunangnya yang sering gagal ujian JPJ. Perkongsian ini dikongsikan menerusi sebuah ciapan dari akaun @ketengahketepi di Twitter.

Menurut perkongsian tersebut, wanita itu meluahkan rasa geram dan marah terhadap tunangnya kerana sudah gagal ujian JPJ sebanyak 2 kali. Dia turut mempersoalkan kredibiliti tunangnya yang tidak boleh menyelesaikan masalah sekecil ujian JPJ ini.

“Kalau tak pass lesen pasni break jelah, small matter pon takleh hadap”, tulis wanita ini.

Meskipun wanita ini berasa geram dan marah terhadap tunangnya yang gagal ujian JPJ sebanyak 2 kali, dia turut meluahkan bahawa dia sedar peranannya sebagai pasangan yang perlu memberi sokongan dan ketenangan.

Reaksi warganet

Hantaran ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet kurang bersetuju dengan pandangan wanita ini yang mahu memutuskan hubungan hanya kerana tunangnya gagal ujian JPJ.

3 2

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berkongsikan pengalaman serupa mereka yang gemuruh ketika mengambil ujian JPJ.

“Break jela. Ada makwe pun tak memahami how nervous someone is during jpj test. I kawan nak jpj test pun I doakan banyak kali and tak ganggu so dia tak stress. Ni boleh pulak nak fikir break sebab test jpj. Tak faham aku. Ke dia yang takde lesen lagi?”, tulis seorang individu.

Ada juga beberapa individu yang menyuarakan pendapat bahawa gagal dalam ujian JPJ adalah normal dan ia tidaklah mudah buat semua orang.

“Nak marah sangat tu tunang u guna duit u ke? Kalau tak, diam je. Orang lain ada je failed jpj banyak kali. Normal je la. Ada tunang pun tak supportive”, ujar individu ini.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Kredit: ketengahketepi

BACA: Lelaki Pecah Kereta, Tapi Upah & ‘Driver’ Lain Untuk Curi Kereta Sebab Baru Dapat Lesen Memandu

Capture

Sumber: Onviral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.