Selalu kita dengar kes yang melibatkan ahlong, mereka akan mengancam peminjam kerana gagal membayar hutang yang makin menimbun. Selalunya, geng ahlong ini akan menyimbah cat merah pada rumah sebagai tanda amaran tegas buat penghutang.
Namun, lain pula dengan kes yang berlaku di Gombak baru-baru ini apabila beberapa pagar dan kereta telah disimbah cat merah oleh ahlong gara-gara jiran mereka tidak membayar hutang.
Ahlong simbah dengan cat merah, kirim ‘surat cinta’
Kejadian itu telah mengejutkan penghuni rumah di kawasan tersebut apabila mereka menyedari beberapa buah rumah dan kereta telah disimbah dengan cat merah. Bukan itu sahaja, geng ahlong ini juga meninggalkan ‘surat cinta’ dan menyuruh jiran pemilik kereta dan rumah itu untuk melunaskan hutang.
Artikel berkaitan: “Bila mahu bayar hutang?” – Ahlong Bawa ‘Bunting’ Dan Guna ‘Speaker’, Tuntut Hutang Depan Rumah
Artikel berkaitan: “Salah rumah..- Lelaki Terkejut Rumah & Kereta Disimbah Cat Merah, Rupanya Jiran Berhutang Dengan Ahlong
Dalam surat tersebut, ahlong tersebut mengancam penduduk di kawasan itu untuk segera membayar hutang sebelum dikenakan tindakan yang lebih drastik oleh ahlong.
Korang suruh rumah nombor… settle kan hutang-hutangnya jika tak korang juga ikut sama. Jangan cabar saya untuk bakar rumah ni suruh jiran korang settlekan secepatnya jika tidak? Faham-fahamlah apa saya akan buat nanti.
Jiran pula jadi mangsa ahlong
Walau bagaimanapun, laporan berkiatan kejadian itu telah dibuat oleh salah seorang lelaki yang turut menjadi mangsa simbahan cat merah oleh ahlong. Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 3.40 pagi apabila dua buah pagar rumah dan tiga buah kereta jenama Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi telah disimbah cat merah.
Perbuatan ahlong itu dipercayai ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Pihak polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut untuk tampil membantu siasatan.
Tak pasal-pasal jiran yang takde kaitan kena ugut macam ni..
Sumber: Berita Harian, X