Disebabkan enggan untuk menghulurkan duit derma kepadanya, seorang lelaki yang mendakwa dirinya pemegang kad OKU maki hamun dan melakukan kekasaran kepada orang awam.
Dia melempar kad itu di kepala orang awam, malah dikatakan lelaki itu juga ada mengugut untuk memukulnya. Tindakan biadap peminta sedekah itu tular di TikTok dan meriah lebih daripada 1.8 juta penonton dalam masa 2 hari.
Artikel Berkaitan : Kenalkah Anda Dengan Badrolhisham Bidin? Wartawan Legend Sanggup Jadi Pengemis Demi Korek Berita
Artikel Berkaitan : Mampu Beli Flat & Ada Kedai Sewa, Lelaki Ini Digelar Pengemis Terkaya Di Dunia
Menurut pengirim video, kejadian seperti ini telah berlaku kepadanya selama 2 kali. Dia mendakwa bahawa lelaki tersebut menunjukkan Kad OKU dan menjelaskan bahawa dia mahu membelikan beras untuk ibu dan ayah.
@aaparf Cuba balik up.. tadi tetiba kena b**** #fypシ #fypシ゚viral
“Tahun lepas kena dekat Jalan TAR, dia minta makanan kalau tak bagi, dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul.”
Pemilik video menasihati orang ramai terutamanya kaum wanita jika terjumpa dengan individu ini. Dia juga turut bertanyakan kepada warga maya jika mereka pernah alami situasi sebegini.
Menjengah ke ruangan komen ada netizen yang kongsikan bahawa mereka pernah ada pengalaman yang lebih kurang sama dan ada yang mengatakan lelaki ini memang biadab.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendakwa bahawa pengemis tersebut mempunyai akaun TikTok miliknya sendri. Disamping itu, ada juga yang memohon agar pihak berkuasa segera ambil tindakan.
Sumber : TikTok