in

Bengang Masakan Kena ‘Complaint’, Pengusaha Kedai Buat Report Polis!

Ft Owner Kedai Makan Report Polis Nasi Goreng Pataya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini ada individu menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap makanan yang ditempah menerusi aplikasi pesanan dan penghantaran makanan di TikTok sebelum ia dipadamkan.

Dengan harga yang ditambah dengan cas penghantaran yang dikenakan, hasil masakan Nasi Goreng Pattaya itu baginya tidak memberangsangkan,


Terpanggil dengan keluhan pelanggan itu, seorang lelaki yang dipercayai pengusaha kedai makan tersebut tampil memberikan respon berkenaan dengan keluhan pelanggan itu.

 

Kalau nak post, post daripada awal 

@ridzuan_abdunloh13

#stitch with @Zirah Rc

♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdunloh

Dalam pada itu, lelaki yang dikenali sebagai Ridzuan Abdullah ini ada juga menegaskan bahawa pelanggan tersebut sepatutnya tunjuk dari awal Nasi Goreng Pattaya itu jika ingin review di media sosial, bukannya bila dah makan separuh.

@ridzuan_abdunloh13

Replying to @Ridzuan Abdullah275

♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdunloh

Selain itu, lelaki ini turut beri respon terhadap keluhan harga yang dikenakan, katanya pasti caj makanan akan lebih kerana ada bayaran untuk penghantaran.

“Kak datang makan kat kedai, RM6 je kak, yang akak pergi order dekat Food Panda tu buat apa, sampai RM 13, padan lah dengan harga akak yang pemalas nak keluar, memang harga macam tu lah.”

@ridzuan_abdunloh13

Replying to @Ridzuan Abdullah275

♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdunloh

Dalam pada itu, lelaki ini turut menegaskan bahawa tujuan dia membalas kritikan pelanggan tersebut adalah kerana, dia boleh sahaja buat aduan terus kepada mereka bukannya kongsikan di TikTok.

“Saya tak kisah pelanggan complaint .. Kenapa tak direct kepada saya .. Kenapa perlu post dalam TikTok.. ? Tolong jawab sat.”

Disebabkan sikap pelanggan itu, Ridzuan telah membuat laporan polis kerana mendakwa pelanggan tersebut telah mengancam dan mengganggu reputasi kedai makannya.

“Assalamualaikum, berkenaan dengan video Nasi Goreng Pattaya, saya dah pun membuat laporan polis, saya tak pasti lah dia tahu ke, tak tahu ke, atau saja buat tak tahu, dia telah mengganggu, mengancam reputasi kedai saya. Saya masih tunggu maklum balas dari dia, jika hal ini berterusan, saya akan proceed ke langkah seterusnya. Terima Kasih.”

@ridzuan_abdunloh13

Replying to @Aierilzam Mansor semoga kita semua dapat membuat keputusan yang betul sebelum terjadi apa2

♬ original sound – Ridzuan Abdullah275 – Ridzuan Abdunloh

Hurmm, seandainya kalau kita tak puas hati dengan sesuatu perkara, ajukanlah dekat tempat yang betul dan untuk pihak peniaga, ambil lah kritikan pelanggan sebagai ikhtibar untuk jadi yang lebih baik sekaligus membantu menaikkan lagi mutu kualiti kita sebab mereka jugalah yang menjadi penyumbang utama rezeki.

Baca : Bekas Pengurus Khairul Aming Buat Permohonan Maaf, Akui Lemah Hadapi Situasi Tekanan

Pa Khairul Aming Mohon Maaf

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.