in

Bengang Lamaran Cinta Ditolak, Pengawal Keselamatan Wanita Diserang & Diugut B*nuh

ft pengawal peribadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis kini sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes serangan dan ugutan terhadap seorang pengawal keselamatan wanita di Bandar Puteri Puchong.

Kejadian tersebut tular menerusi satu video berdurasi 4 minit 29 saat di media sosial Facebook, memperlihatkan pengawal keselamatan wanita itu dipukul oleh seorang lelaki di pondok pengawal keselamatan.


Artikel berkaitan : Pengawal Pengiring Kenamaan Mengaku Salah Cederakan Pemandu E-hailing OKU

Artikel berkaitan : Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja Selangor, Lelaki Singapura Didenda RM17,000

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, polis menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun, pada 1.30 petang, pada Rabu.

Mangsa mendakwa, insiden berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam Selasa lepas, ketika dia sedang bertugas di pondok pengawal keselamatan sebuah pangsapuri.

“Suspek yang dikenali mangsa telah datang ke pondok tersebut dan meluahkan perasaan cinta kepadanya.

“Namun, mangsa menolak kerana sedang dalam proses perceraian. Suspek kemudian berang dan cuba mencederakan mangsa di leher menggunakan pisau lipat tetapi sempat ditepis.”

Anbalagan berkata, sekitar jam 3.30 pagi hari yang sama, suspek kembali ke lokasi kejadian dan bertindak lebih agresif dengan menumbuk kepala serta mencekik leher mangsa sebelum dilerai oleh rakan sekerja mangsa.

“Suspek juga dilaporkan mengugut akan membunuh mangsa. Sehubungan itu, pihak polis sedang berusaha mengesan dan menahan suspek,” tegasnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan mencederakan menggunakan senjata, ugutan jenayah, dan membawa senjata berbahaya di tempat awam.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-80742222.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.