in

Bengang Labur RM2,500 Tapi Tak Ada Pasangan, Penjawat Awam Belasah Ejen Cari Jodoh

Ft Bengang Tak Jumpa Jodoh

Tular di media sosial sekarang mengenai satu video seorang penjawat awam mengasari seorang wanita di dalam lif. Ia tular sejak semalam dan mengundang kemarahan netizen.

Difahamkan, punca kejadian berlaku kerana suspek berang ditipu akibat gagal menemui pasangan hidup setelah melaburkan wang tunai sebanyak RM 2,500 kepada perkhidmatan ejen cari jodoh itu.

 

Tunggu 6 bulan, jodoh tak kunjung tiba

Astro Awani melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada Selasa lepas kira-kira jam 10.30 pagi. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu pergi ke pejabat mangsa di Jalan 2, Chan Sow Lin, dan membawa wanita itu masuk ke dalam lif untuk turun sebelum memukul mangsa.

Bengang Tak Jumpa Jodoh

“Berdasarkan rakaman itu, ketika di dalam lif, suspek memukul pengadu berkali-kali dengan menggunakan tangan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.”

“Mangsa yang mengalami pendarahan di kepala kini ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras untuk rawatan lanjut.”

Siasatan awal mendapati bahawa ia berpunca daripada salah faham antara pengadu dan suspek. Suspek telah membayar jumlah tersebut  sebagai upah untuk mencari teman hidup menerusi salah satu laman cari jodoh, kata Muhammad Idzham.

Bengang Tak Jumpa Jodoh 3

Namun, sehingga 6 bulan, tiada sebarang calon yang dicari oleh agensi. Menurut beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Beliau turut memberitahu bahawa polis telah mengenalpasti suspek dan dia akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Bengang Tak Jumpa Jodoh 2

 

Padan la single – Netizen

Bengang Tak Jumpa Jodoh 4 Bengang Tak Jumpa Jodoh 6 Bengang Tak Jumpa Jodoh 7 Bengang Tak Jumpa Jodoh 45Png

Video ini tular di Twitter dan meraih lebih daripada 8,000 jumlah retweets dalam masa 17 jam ia dikongsikan dan majoriti marah dengan tindakan lelaki tersebut.

 

Baca : “Dia yang pukul, dia pulak yang nak report polis?” -Habis Lebam Dipukul Lelaki, Wanita Share Kisah Jadi Pengajaran Semua

Untitled Collage 53

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter