Baru-baru ni, satu isu tular mengenai seorang pemandu Grab yang hampir menjadi mangsa tikam oleh seorang budak lelaki di Kedah.
Dipercayai, budak berumur 13 tahun tersebut bertindak sedemikian kerana tak puas hati dibebel ketika mengambil semula duit tambang daripada pemandu itu.
Walau bagaimanapun, pemandu berumur 65 tahun itu sempat merampas senjata yang dipercayai sebilah pisau sebelum budak tu lari keluar dari kereta.
Artikel berkaitan: Tindakan Pemandu Grab Tenangkan Warga Asing Menangis Sebab Kehilangan Bapa Buat Ramai Sebak
Artikel berkaitan: Pelajar Luar Negara Terharu ‘Uncle’ Grab Terima Duit Malaysia Di Singapura
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja lelaki tersebut nak pulang ke rumahnya di Bandar Sri Astana dari Lorong Taman Keladi. Dia juga cuba meminjam RM50 daripada pemandu tersebut untuk bayar sewa rumah semasa dalam perjalanan.
“Bagaimanapun pemandu itu memberitahu jika tiada wang dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan, namun remaja terbabit enggan dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang itu.”
Tambahnya lagi, ketika dah sampai di destinasi, budak tu minta pakcik tersebut untuk patah balik ke Taman Keladi sambil melengahkannya dengan menyuruhnya pusing di beberapa lorong kecil setelah memberikan bayaran RM18 kepada pakcik itu.
“Pengadu terpaksa menurunkan penumpang di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20.”
Bila nak pulang baki, remaja tersebut mengacu pisau ke dada kiri pemandu sebab nak rampas wang daripada poket pakcik tu. Akan tetapi, usahanya tak berjaya lalu berlari keluar dari kereta manakala pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya lagi, budak tersebut merupakan anak sulung dan bukan berasal dari keluarga yang bermasalah. Walau bagaimanapun, remaja lelaki tu telah ditahan pada pukul 10 malam tadi selepas dua jam laporan dibuat oleh pemandu tersebut.
Moga pakcik ni elok-elok je.
Sumber: Facebook, Berita Harian