in

Bengang Dituduh Bukan-bukan, Diana Danielle Beri Respon Win Buat Individu Terdiam

Page Diana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pun sudah sedia maklum bahawa tahun 2018 merupakan permulaan yang kurang baik bagi keluarga Diana Danielle. Mana taknya, pada awal tahun ini sudah bermacam kontroversi melibatkan suaminya, Farid Kamil yang kemudiannya menjadi kes polis.

Di dalam ribut yang melanda, pastinya Diana Danielle turut menerima tempias. Diana memang dikenali sebagai salah seorang artis yang rancak membalas komen di laman sosial, tambah-tambah lagi bagi memberi respon kepada golongan yang sering tidak berpuas hati dengannya.


Dd1
sumber: instagram

Terbaru, Diana Danielle dengan tegas menjawab pertuduhan yang telah dilemparkan kepadanya daripada seorang individu wanita, kononnya aktres berusia 27 tahun itu tidak menjadi isteri yang baik kerana tidak menemani dan membantu suaminya yang sedang mengalami masalah.

Bengang dengan pertuduhan yang bukan-bukan, Diana tidak melatah malah memberitahu hal sebenar bahawa Farid kini berada di Kedah atas urusan sendiri sementara dia meluangkan masa bersama ibunya, Norsiah Ramli.

Dd2
sumber: blog

Menurut Diana lagi, isteri juga mempunyai tanggungjawab menjaga ibunya lebih-lebih lagi apabila telah diberikan keizinan oleh suami. Diana juga tidak setuju dengan cara wanita tersebut yang cuba mengaibkan dengan perkara yang tidak betul dan langsung tiada perkaitan dengan gambar yang dimuat naik.

Jjj
sumber: instagram

Tidak cukup dengan itu, Diana turut menasihati wanita berkenaan supaya melebihkan suami sendiri daripada meninggalkan komen yang tidak membantu sesiapa. Orang ramai juga rata-rata menyokong Diana Danielle yang memberi komen win bagi mendiamkan mulut haters.

Kalau tak tahu, jangan menuduh ye…

Baca: Kronologi Kes Farid Kamil Tampar Anggota Polis dan Positif Dadah

Dfk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.