in

Bengang Ditolak Rujuk Semula, Lelaki Tergamak Simbah Asid Pada Bekas Isteri & Anak Masa Tengah Tidur

Ft Enggan Rujuk Bekas Suami Singgah Asid

Bayangkan dia tolak je tak jadi macam ni, agaknya macam mana nasib kalau dia terima?

Seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Seri ini bernasib malang apabila dia sekeluarga telah diserang oleh bekas suami sampaikan anaknya yang masih kecil turut menjadi mangsa.

 

Kena simbah asid pukul 3 pagi masa semua tidur

Screenshot 2022 07 05 151932

Seri dah berpisah dengan bekas suami sejak 3 tahun lalu, sumber melaporkan bahawa mangsa sudah tak tahan dengan sikap kejam bekas suaminya ketika bergelar suami isteri.

Dikatakan, lelaki tersebut gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dimana dia tidak mebayar nafkah kepada isteri dan anak.

“Kalau dia makan pun tak fikir pasal anak dan dia fikir pasal diri dia je. Saya dah penat jadi saya minta cerai.”

Screenshot 2022 07 05 151943

Selepas penceraian, bekas suami itu meminta untuk rujuk semula namun Seri enggan menerimanya. Bengang permintaan ditolak, lelaki tersebut bertindak untuk datang ke rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi, geledah masuk sebelum menyimbah asid kepada seluruh isi rumah termasuklah bekas mentua dan anaknya sendiri.

“Kalau orang baru bangun tidur kan tak sedar dan tak boleh nak buat apa-apa lepas tu dia siram asid.”

Screenshot 2022 07 05 152402

Dikhabarkan ketika perbuatan kejam itu dilakukan, mereka sekeluarga sedang tidur di ruang tamu. Akibat serangan itu, mereka tak sempat mencari lindungan.

 

Anak melecur satu badan

Apa yang memilukan adalah, anaknya yang baru berusia 2 tahun itu melecur hampir 100% sampai tak sedarkan diri, manakala Seri 80% dan ibunya 60%.

“Masa dia buat tu ada anak kat tepi lepas tu saya panik lalu cuba untuk lindungi anak sebab takut terkena sekali. Saya berlari minta tolong orang tapi orang tak datang lagi.”

Screenshot 2022 07 05 151849

Seri terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan dirinya bagi mengelakkan kesan simbahan asid jadi semakin melarat sebelum jiran tetangga datang untuk bawa mereka ke pusat perubatan.

“Sekarang badan dah rasa okay sikit cuma tengah tunggu kesan melecur tu kering. Keadaan makin baik cuma tinggal buat pembedahan plastik untuk betulkan wajah. Mata pada awalnya tak boleh nampak tapi sekarang dah boleh nampak.”

Boleh tonton video penuh disini.

Laporan polis telah dibuat tetapi bekas suaminya itu telah melarikan diri dan kini dia sedang diburu polis

Baca : “Ingat buat macam ni dia nak balik la?” – Wanita Dibelasah Bekas Suami Sebab Enggan Rujuk Semula

Rujuk Semula