in

Bengang Diminta Alihkan Motosikal Sebab Letak Depan Kedai, Rider Doakan Peniaga Bankrap

rider doakan kedai bankrap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi telah mencetuskan provokasi kerana tidak berpuas hati apabila diminta untuk mengalihkan kenderaannya kerana menghalang perniagaan sebuah kedai di Muar, Johor.

Kejadian tersebut dimuat naik dan dirakam oleh pengguna Facebook, Zahedy Zakaria yang mendakwa sekumpulan penunggang motosikal telah meletakkan kenderaan mereka di kaki lima berhadapan kedai makan terbabit.


Screenshot 2023 06 19 124424

Difahamkan, peniaga telah meminta mereka mengalihkan motosikal terbabit namun keadaan menjadi tegang apabila salah seorang daripada mereka berasa berang malah mahu menumbuk peniaga kerana tidak puas hati dengan arahan itu.

“Bila minta alihkan motor dia nak berang dan nak tumbuk orang pula, tak puas hati, cari pasal, tak takut dengan polis minta dan panggil polis datang.

“Nak tularkan kedai siap ambil video kedai, nombor plat kereta, inilah sikap segelintir penunggang motor berkuasa tinggi,” tulisnya.

Doakan kedai bankrap

Video kejadian tersebut turut memaparkan lelaki berkenaan ketawa dan sempat mendoakan pemilik kedai itu bankrap sebelum terpaksa mengalihkan motosikalnya.

Difahamkan, pihak polis telah datang ke kawasan tersebut selepas menerima aduan mengenai insiden terbabit dan meminta pemilik motosikal berkenaan mengalihkan kenderaan masing-masing.

Walaupun penunggang motosikal terbabit didakwa telah disaman oleh pihak polis, namun dia masih cuba melakukan provokasi terhadap peniaga tersebut.

Perkongsian insiden itu telah menarik perhatian netizen yang turut mengecam dengan sikap penunggang motosikal tersebut yang tidak menghormati peraturan di tempat lain.

Baca: “Nak tegur takut derhaka pulak” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Ibu Ini Selamba Jemur Kain Atas Ducati Panigale
2moto tile

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.