Baru-baru ini kecoh diperkatakan di media sosial mengenai isu bendera Malaysia, Jalur Gemilang yang terbalik pada jersi jenama VICTOR yang dipakai oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
Susulan kejadian itu, pihak VICTOR Malaysia telah tampil memberi penjelasan dan memohon maaf atas kejadian tersebut.
Kontroversi bendera Malaysia yang terbalik pada jersi itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Memetik laporan Harian Metro, Fahmi Fadzil menyifatkan kesilapan itu sebagai kecuaian yang kritikal.
Artikel Berkaitan: Lepas Isu Jalur Gemilang Terbalik, Lee Zii Jia ‘Check’ Jersi Sebelum Pakai
Artikel berkaitan: “Kami amat kesal” – Jalur Gemilang Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia, Ini Penjelasan Victor Malaysia
Meskipun pihak VICTOR dan Lee Zii Jia telah pun mengemukakan permohonan maaf, namun kesilapan itu dilihat sebagai suatu kesilapan ketara kerana atlet mewakili negara.
Namun dalam masa yang sama, beliau meminta agar orang ramai tidak keterlaluan dalam menulis komen tentang insiden terbabit di media sosial.
Difahamkan, kejadian bendera terbalik pada jersi itu akan disiasat oleh pihak berkuasa.
Susulan kejadian ini juga, Hannah Yeoh iaitu Menteri Belia dan Sukan mengatakan satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuklah membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian pemain akan dirangka agar insiden yang sama tidak akan berulang lagi.
Sumber: Harian Metro