in

“Bendanya jadi tahun 2016” – Lelaki Tikam ‘Ex-Colleague’ Sebab Roti Sosej, Rupanya Bukan Cubaan Balas Dendam Pertama

Roti Sosej

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana roti sosej gulung, seorang lelaki dipenjara lebih empat tahun selepas dia menikam bekas rakan sekerjanya. Lebih parah, kejadian itu sebenarnya dah berlaku lima tahun lalu.


Matthew Evans E1625971435116

Memetik laporan portal Mirror, suspek, Matthew Evans, 36, datang ke rumah mangsa lima tahun selepas dia pertama kali yakin mangsa mencuri makanannya pada tahun 2016 ketika mereka bekerja di tempat sama.

Difahamkan, Evans telah menikam mangsa di bahagian abdomen dan turut mengelar mukanya dengan sebilah pisau sebelum melarikan diri dari kediaman mangsa di Hemel Hempstead pada 5 Januari lalu.

Luton Crown Court E1625971480205

Menurut kenyataan Luton Crown Court, ternyata insiden berdarah ini bukanlah kali pertama dilakukan Evans. Suspek rupanya sudah beberapa kali cuba untuk membalas dendam kepada mangsa.

Pernah nak pukul mangsa dengan ‘hammer’ tapi terpukul ‘girlfriend’ sendiri

Ketika perbicaraan kes tersebbut di mahkamah, pendakwa raya James Onajala berkata insiden yang berlaku pada awal tahun itu terjadi selepas suspek secara tak sengaja bertembung dengan mangsa pada akhir tahun 2020. Difahamkan, itu adalah pertemuan pertama mereka selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.

Kata Onajala lagi, Evans pernah cuba memukul mangsa dengan hammer. Walau bagaimanapun, ketika menghayungkan objek itu, Evans secara tidak sengaja telah terpukul teman wanitanya.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya kemudian mengambil penukul terbabit dan memukul Evans untuk mempertahankan diri sebelum melarikan diri. Dikhabarkan tiada laporan polis dibuat pada ketika itu.

Minta jiran mangsa hantar balik lepas dah tikam mangsa

10528196 Web1 Doorknock E1625971668877
Gambar hiasan

Laporan lanjut mendedahkan selepas suspek menikam mangsa, dia telah pergi ke rumah jiran mangsa dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta mereka menghantarnya keluar daripada kawasan kejiranan itu.

Walau bagaimanapun, permintaannya ditolak jiran pertama menyebabkan Evans pergi ke rumah lain dan meminta pemiliknya yang ketakutan untuk memberikannya pakaian baru dan memanggilkan teksi.

Dalam pada itu, hakim turut menunding jari pada masalah kesihatan mental Evans yang mengakibatkan suspek berkelakuan demikian.

“Laporan perubatan mendedahkan Evans mempunyai ADHD dan pernah berkhidmat untuk negara. Dia juga mempunyai PTSD,” katanya.

Walaupun begitu, hakim tetap menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan 10 bulan kepada Evans kerana berniat untuk mencederakan orang lain serta membawa senjata merbahaya ke kawasan awam.

“Kamu (Evans) sepatutnya pergi mendapatkan bantuan profesional tapi kamu memilih jalan salah,” kata hakim lagi.

 

Sumber: Mirror

Baca: “Petty betul” – Lelaki Ini Terima Gaji Terakhir Dalam Bentuk 91,500 Syiling, Siap Bersalut Minyak Motor

Petty Betul Lelaki Ini Terima Gaji Terakhir Dalam Bentuk 91500 Syiling Siap Bersalut Minyak Motor E1625971378543

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.