Kita dah sinonim dengan pasukan bomba yang akan datang membantu sesiapa sahaja jika menerima panggilan kecemasan. Dari memadam rumah terbakar, tangkap binatang buas semua diaorang boleh buat.
Baru-baru ni, tular dekat laman Facebook mengenai pasukan Bomba Alor Setar menerima panggilan kecemasan mengatakan bahawa dalam almari pemanggil ada binatang buas. Buas sangat ke?
https://www.facebook.com/100024181360475/posts/584324265716947?d=n&sfns=mo
Menurut Facebook Bomba Alor Setar, mereka menerima satu panggilan kecemasan yang mengatakan bahawa terdapat binatang buas dalam almari pada 14 Disember yang lalu.
Tambahnya lagi, pasukan bomba Alor Setar telah bersedia untuk pergi ke rumah pemanggil dengan membawa semua kelengkapan termasuk jentera, anggota bomba, peralatan pelindungan diri (personal protective equipment).
Ini prank ke apa?
Namun setelah mereka sampai ke lokasi kejadian, mereka langsung tidak menjumpai binatang buas seperti yang di adukan melalui panggilan.
Tapi apa yang dijumpai dalam alamari tersebut hanyalah sekor lalat. Buas ke?


Rata-rata netizen merasakan bahawa individu yang membuat panggilan tersebut tidak sepatutnya melakukan perkara itu.

Aishh dah macam kena prank pun ada, bila bomba datang rupanya cuma ada lalat je.