in

“Benda paling ditakutkan akhirnya terjadi…”- Azfar Heri Sekeluarga Positif Covid-19

Fi Azfar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial popular Azfar Heri disahkan positif dijangkiti Covid-19. Berita tersebut diberitahu olehnya semalam melalui akaun media sosial miliknya di Instagram dan Twitter.

Setelah beberapa hari ‘berehat’ daripada media sosial, dia akhirnya berkongsikan satu posting bersama deretan IG story memberitahu keadaannya sekarang.


Difahamkan, bukan Azfar seorang yang dijangkiti wabak berjangkit berkenaan, tetapi ahli keluarganya yang lain juga turut sama positif.

https://www.instagram.com/p/CZwZUMOBqoy/?utm_medium=copy_link

“Benda yang paling ditakutkan akhirnya terjadi, me and my family positive”  

Menurut Azfar di posting Instagramnya, mereka mula menyedari akan jangkitan tersebut apabila adiknya Ameera tiba-tiba sahaja alami demam pada Jumaat lalu, tetapi waktu itu mereka beranggapan bahawa ia hanyalah kesan sampingan daripada suntikan booster yang mereka terima pada Khamis semalamnya.

Pun begitu, simptom seperti sakit tekak, pening kepala yang teruk, dan demam panas telah dialaminya pada keesokan hari. Adiknya Afif juga mengalami demam sehingga menggigil.

Jadi, mereka membuat keputusan untuk pergi jalani ujian PCR dan disahkan positif. Hanya ibunya sahaja yang masih tidak dijangkiti. Sehingga semalam, Azfar memberitahu bahawa keadaannya sekeluarga sudah beransur pulih setelah beberapa hari jalani kuarantin di rumah. Kini, ibunya pula yang mula demam dan pening kepala.

Di postingnya itu, ramai rakan selebriti lain yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar dia sekeluarga diberikan kesembuhan dengan segera.

Komen Azfar 2

Azfar juga mengambil kesempatan itu untuk berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan netizen yang tak henti-henti bertanya khabar, menghantar makanan dan ubat-ubatan serta mendoakannya sekeluarga.

Dia mengingatkan semua agar jaga diri masing-masing ketika berada di luar rumah serta banyakkan minum air. Selain itu, dia juga menyeru kepada semua agar dapatkan suntikan dos penggalak dengan segera.

Baca: I nak pengsan buat kali kedua- Azfar Heri Tergamam Dapat DM Daripada Tengku Puteri Jihan

Baca Azfar

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.