in

“Belum disahkan halal tapi…” – Johnny’s & Black Canyon Tampil Perjelas Isu Halal

Syaz Ft 2024 09 04T122907.332

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, kecoh di media sosial berkenaan pengiktirafan halal untuk sesetengah rangkaian restoran terkenal di Malaysia.

Dalam senarai itu termasuklah restoran Johnny’s serta Black Canyon yang menyajikan makanan ala Thai.


Artikel berkaitan: Tular Surat Tentang Isu Sijil Halal Di 6 Restoran Terkenal, JAKIM Tampil Beri Respon

Artikel berkaitan: “Ketupat Cina versi halal” –  Mekyun Kongsi Cara Buat Kuih ‘Bakchang’  

Rangkaian restoran itu digemari ramai namun selepas tularnya isu itu ramai yang semakin meragui status halal restoran tersebut.

Satu kenyataan media dikeluarkan oleh restoran tersebut bagi menjelaskan status halal kedua-dua rangkaian restoran itu.

1 5

“Pihak Pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia menjelaskan bahawa pada masa ini Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia belum lagi “Disahkan Halal” oleh JAKIM.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan restoran Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa semua bahan makanan yang digunakan di restoran-restoran tersebut termasuk ayam, telur, daging dan bahan mentah lain diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal,” tulisnya.

Dalam kenyataan itu, pihak restoran tersebut juga memberi keyakinan kepada pelanggan mereka bahawa tiada penggunaan alkohol dalam masakan mereka, baik dari segi penyediaan serta hidangan.

Penjelasan itu diharapkan dapat mengurangkan kebimbangan serta keraguan pelanggan berkenaan status halal kedua-dua restoran tersebut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.