in

“Belilah sebanyak termampu” – Utusan Buat Jualan Tutup Gudang, Ulat Buku Wajib Serbu & Support!

Untitled Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oktober lalu, kita dikejutkan dengan khabar penutupan sebuah syarikat akhbar yang sudah lama bertapak dalam industri penerbitan dan media negara ini — iaitu Utusan Malaysia Berhad.

Dari tok moyang sampailah ke generasi cicit millenial kini, cuba tanya — siapa je yang tak kenal Utusan?


Sudah 8 dekad beroperasi, namun akibat menanggung bebanan kewangan — Utusan akhirnya terpaksa berkubur.

Dan baru-baru ini, satu jualan tutup gudang diadakan untuk menjual semua naskhah yang pernah diterbitkan syarikat itu — pada harga yang sangat rendah.

Capture 1

Bagi mereka yang memang dah familiar dengan buku-buku terbitan Utusan, mesti dah serbu lokasi ni awal-awal lagi.

Tapi kalau ada yang belum tahu, rasanya takda masalah sangat pun kot kalau korang spend sikit untuk tambah koleksi kat rak buku korang — sebab harga jualan dia memang murah gila! Mana tahu korang teringin nak baca balik Mastika, bolehlah singgah jualan gudang ni.

Netizen yang dah pergi pun turut berkongsi ‘hasil tangkapan’ mereka di laman sosial masing-masing.

Jualan2

Jualan3

Jualan4

Kalau ada yang nak pergi tapi tak tau macam mana nak sampai sana, tengok sini:

Map

Akhir kata, tak rugi apa pun kalau kita spend duit untuk bahan-bahan ilmiah kan? Kalau korang teragak-agak nak pergi ke tak, baca apa brader ni tulis:

Utusan1

So, moh le kita selamatkan semua buku-buku ni guys!

 

Baca: “Kenapa tak buat kat KL?” – MAEPS Serdang Dipilih Lokasi PBAKL 2020, Netizen Pakat Bantah

Pbakl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.