in

“Beliau pemuda dalam video tular” – ABIM Sahkan Lelaki Terselamat Insiden Tanah Jerlus Masjid India Peluk Islam

Lelaki Hampir Jatuh Tanah Jerlu Peluk Islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu bukan sahaja membuatkan rakyat Malaysia tergamam, malah kita semua turut menantikan mangsa ditemui walaupun kini sudah memasuki hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditularkan di media sosial tempoh hari, dapat dilihat bahawa mangsa secara tiba-tiba terjatuh ketika berjalan kaki berdekatan kerusi konkrit yang diduduki beberapa individu.


Ketika kejadian, terdapat seorang lagi lelaki hampir terjatuh namun sempat menyelamatkan diri daripada termasuk ke dalam lubang itu.

Artikel berkaitan: “Pencarian hampir 7 jam” – Rakaman CCTV Tunjuk Kejadian Wanita Terjerlus Di Jalan Masjid India

Artikel berkaitan: ‘Raja Bomoh’ Dipanggil Pejabat Mufti WP, Buat Ritual Cari Wanita Hilang Di Tanah Jerlus

Insiden tanah jerlus jadi ‘wake up call’

Hikmah di sebalik kejadian, lelaki berbangsa India yang hampir terjatuh itu disahkan sudah memeluk agama Islam tiga hari kemudiannya, lapor Harian Metro.

Perkara itu dikongsikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang membantu urusan lafaz syahadah Kalidass atau nama Islamnya, Haridath di pejabat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara.

457149539 398322310033834 7689584559974632870 N

“ABIM mengesahkan bahawa Haridath memeluk Islam Isnin lalu. Beliau datang bertemu kami sendiri dan menyatakan hasratnya itu.

“Dia maklumkan sudah lama berniat peluk Islam. Dia juga datang dalam keadaan bersedia, malah hadir bersama dua saksi yang juga kenalannya.

“Cuma peristiwa hampir terjatuh dalam lubang akibat tanah mendap di Masjid India itu menjadi wake up call untuk beliau tidak bertangguh lagi,” kata Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Kalidass mengenali mangsa tanah jerlus

Kalidass yang berusia 48 tahun itu menceritakan detik dia hampir menjadi mangsa dalam insiden terbabit. Katanya, dia turut mengenali mangsa kerana sering datang melancong ke Malaysia.

Malah, ketika kejadian itu, suami wanita terbabit berjalan tidak jauh di belakangnya, cuma tidak terlihat di CCTV.

“Jadi, asbab kejadian itu, beliau mungkin mendapat hidayah Allah SWT untuk memeluk agama Islam.”

Dalam pada itu, ABIM berharap semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, mendoakan dan menghormati privasinya.

Alhamdulillah, selamat datang saudara baru kita… 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.