in

Belanjawan 2025: Subsidi Pendidikan Dikurangkan Bagi Murid Dalam Keluarga T15

Belanjawan 2025 Pendidikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan iaitu Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Dalam pembentangan bajet tersebut, sejumlah RM421 bilion telah untuk Belanjawan 2025. Beliau berkata, tiga sektor yang menjadi penerima terbesar Belanjawan ialah pendidikan (RM15 bilion), diikuti keselamatan (RM12.3 bilion), dan kesihatan (RM6.9 bilion).


Sebagai perincian, subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15% teratas, yang mana penjimatan akan dimanfaatkan bagi menambah baik prasarana sekolah berasrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk manfaat semua pelajar.

Beliau berkata, bagaimanapun pengurangan subsidi pendidikan tidak akan membabitkan kelompok lain khususnya B40 dan rakyat termiskin.

Image

Dalam pada itu, belanjawan ini memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan memperluas pendidikan wajib bagi memastikan setiap murid menamatkan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.