in

Belanjawan 2025: Saluran Berpusat Di UTC, Bantu Rakyat Susah Mohon Bantuan Di Pelbagai Agensi

ft belanjawan 2025 UTC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan bakal menambah lagi beberapa agensi kerajaan untuk berurusan di UTC, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membantu rakyat susah untuk memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.

Selain itu, mutu kualiti perkhidmatan kaunter juga bakal dipertingkatkan dengan penambahan 1 jam waktu operasi JPJ, pembangunan sebuah UTC baharu di Seberang Perai, peluasan penggunaan Sistem Penggiliran (QMS) di semua UTC.


Artikel berkaitan : Belanjawan 2025: Subsidi Pendidikan Dikurangkan Bagi Murid Dalam Keluarga T15

Artikel berkaitan : Belanjawan 2024: RM2.8 Bilion Untuk Selenggara Jambatan Dan Jalan

Selain itu, kerajaan juga berikhtiar untuk melaksanakan Kiosk Sentuhan MADANI di mana ia menghimpunkan pelbagai kiosk perkhidmatan Kerajaan di kawasan tumpuan ramai. Dalam pada itu, kerajaan juga bakal mengimplimentasikan kaedah pembayaran secara iPayment di kaunter perkhidmatan.

Screenshot 2024 10 18 162849

Kejaraan juga memperuntukkan RM100 Juta Peluasan Perkhidmatan Bergerak bagi memudahkan akses masyarakat desa dan pedalaman yang merangkumi penambahan 9 klinik gigi bergerak, saringan mamogram di Klinik Bergerak PPUM dan mahkamah bergerak.

Sumber : Kementerian Kewangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.