in

Belanjawan 2025: Individu Bujang Bakal Dapat RM600 STR Tahun Depan!

Ft Belanjawa Str

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu sumbangan terbesar dalam sejarah!

Kerajaan baru sahaja mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah menyalurkan sebanyak RM13 billion pada tahun 2025 kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60% penduduk dewasa negara.


Bagi penerima SARA yang diperluas kepada 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah di mana penerima bakal dikreditkan sebanyak RM1,000 sebulan. Bantuan akan mula dikreditkan ke dalam MyKad bermula April 2025.

Artikel berkaitan : Belanjawan 2025: RM 600 Juta Disediakan Untuk Pengurusan Bencana

Artikel berkaitan : Belanjawan 2025: Subsidi Pendidikan Dikurangkan Bagi Murid Dalam Keluarga T15

Di samping itu bagi STR, satu kejutan bagi golongan bujang di mana mereka bakal menerima sumbangan sebanyak sebanyak RM600!

Malah kerajaan juga sebanyak RM3 Bilion penambahan peruntukan membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

Image 13

Selain itu, sebanyak RM2.9 Bilion peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bahkan, sumbangan untuk warga emas dinaikkan ke RM600 sebulan berbanding RM500 pada tahun ini.

 

Di samping itu, bagi kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin:

Berusia 6 tahun dan ke bawah – RM250 (2024: RM200)
Berusia 7 sehingga 18 tahun – RM200 (2024: RM150)

Image 12

 

Kadar ini tertakluk untuk keluarga yang meraih pendapatan maksimum RM1,000 untuk satu keluarga.

Sumber : Kementerian Kewangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.