Belanjawan 2024 telah dibentangkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan berjumlah RM393.8 bilion untuk 2024. Sebanyak RM2.8 bilion diperuntukkan untuk penyelenggaraan jalan dan jambatan persekutuan termasuk RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1-G4.
Artikel berkaitan: Belanjawan 2024: Cukai Perkhidmatan Naik 8%, Cukai Barang Bernilai Diperkenalkan
Artikel berkaitan: [TERKINI] Belanjawan 2024 : Subsidi Bagi Golongan ‘Maha Kaya’ Dihentikan
Nampaknya jalan raya juga akan semakin canggih apabila RM100 juta disediakan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.
Dalam pada itu, Kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.
Beliau memaklumkan projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: MOF