in

Belanjawan 2021 : Moratorium Dilanjutkan Atau Tidak Akan Diumumkan Jumaat Ini

brahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai rakyat mengharapkan agar moratorium dapat dilanjutkan lagi berikutan dengan wabak pendemik Covid-19 di Malaysia, yang telah memberi kesan terhadap sektor ekonomi negara.

Disebabkan itu Sinar Harian melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa keputusan lanjutan moratorium lanjut atau tidak akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini.


 

Jumaat ini ada pembentangan bajet yang akan menentukan sama ada inisiatif itu dilanjutkan atau sebaliknya. Tunggu pengumuman Jumaat ini.”

Keputusan itu dilakukan selepas mendapat soalan tambahan daripada Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) sama ada kerajaan akan melanjutkan moratorium seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik diumumkan kerajaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam bulan berakhir 30 September lalu dan disambung hingga Disember ini secara bersasar.

 

Baca : “Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021” – Parti Muda Senaraikan 10 Cadangan Sempena Belanjawan 2021

syed saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.