in

“Belajar lah kuat seperti ex wife dia dulu okay” – Rita Rudaini Titip Pesanan Pedas Buat Fitria

Ft Rita Rudaini Fitria

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah merasai situasi suami ‘dirampas’ orang ketiga, pelakon Rita Rudaini anggap kejadian yang menimpa bekas isteri Safee Salee iaitu Fitria Elfina Maharip sebagai satu kifarah buatnya.

Menerusi IG Story miliknya, pelakon yang terkenal menerusi Filem Mami Jarum ini menegaskan bahawa masih segar diingatannya terhadap kes yang pernah terjadi ketika Fitria menjalinkan hubungan dengan Safee Sali suatu ketika dahulu.


Artikel berkaitan : “Orang yang tahu je macam mana” -Dilabel Kena Kifarah, Bekas Isteri Safee Sali Nafi Jadi Perampas

Artikel berkaitan : “I nak jumpa anak… please” – Bekas Isteri Sedih, Merayu Dekat Safee Sali Nak Jumpa Anak

“Awak jangan buat-buat lupa bekas isteri kepada bekas suami awak dulu, kami semua tahu apa yang terjadi di zaman kami dulu, awak dah sondol dan sekarang awak disondol balik. Kifarah buat awak pada bekas isteri dia dulu.”

Tegas Rita Rudaini lagi, ini adalah waktu untuk Fitria rasai bagaimana perasaan bekas isteri pertama Safee Sali rasai dengan anak-anak yang masih kecil.

Img 2456

“Awak tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu. Tengah seronok kan, tapi Allah bagi juga awak rasa kebahagiaan yang awak dah rampas tu. Balasan Allah itu pasti, tunggu Insha-Allah.”

Pesan Rita lagi, ini adalah pemula buat Fitri untuk belajar menjadi kuat sebagai ibu tunggal yang sama seperti bekas isteri pertama Safee Sali iaitu Sabrina Yusof. Respon yang diberikan itu susulan dengan kenyataan Fitria sebelum ini.

Terdahulu, menerusi Mingguan Wanita, Fitria ada memberikan kenyataan terhadap dakwaan kifarah yang terjadi kepadanya, kata Fitria pada waktu itu hubungan antara Safee dan bekas isteri sudah ditimpa masalah dan dia sama sekali tiada kaitan dengan hubungan mereka.

@mingguanwanita

Ramai Kata Saya Perampas Tapi – Sasha Fitria Elfina *Nantikan video penuh di YT & FB Mingguan Wanita pada 26 Mac 2024 jam 4.20pm

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Sebagai rujukan, bekas penyerang JDT itu pernah berkahwin dengan Sabrina Yusof pada tahun 2007 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, mereka berpisah pada 2 April 2012 sebelum Safee mendirikan rumah tangga bersama Fitria pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan 2 orang anak perempuan.

Sumber : IG Story Rita Rudaini, TikTok Mingguan Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.