in

Bekas Tapau Makanan Terlalu Banyak? Sekarang Korang Boleh Derma Bekas Plastik Makanan di Shell Damansara Jaya

f2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang ada azam baru bersempena dengan tahun baru 2021 ini kan? Mungkin ada yang nak mula menabung untuk beli rumah, dan mungkin ada yang mahu mulakan bisnes kek dan kuih. Kalau menjaga alam sekitar merupakan azam tahun baru anda, boleh lah mulakan dari sekarang. 

Untuk anda yang tak tahu nak buat apa dengan bekas plastik tapau makanan yang menggunung dekat dapur mak-mak kita, jangan buang sebab kita dah boleh dermakan bekas plastik tersebut di stesen minyak Shell di Damansara.


Mesti mak korang pun happy sebab boleh lah dia beli bekas tupperware baru kan. Dapur pun akan jadi lebih kemas kan. 

tupperware 3

Inisiatif Shell di Damansara Jaya ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, @Maxsterism baru-baru ini. Untuk yang nak tahu lokasi stesen minyak ini, Shell Damansara Jaya ini terletak berdekatan dengan Atria Shopping Centre.

Namun, buat masa ini, inisiatif ini hanya disediakan di stesen minyak Shell cawangan Damansara Jaya. Mungkin kalau mendapat sambutan hangat, baru lah mereka akan luaskan inisiatif untuk menjaga alam sekitar ini ke tempat lain pula.

Sebelum mendermakan bekas tapau makanan ni ke tempat yang disediakan, pastikan bekas yang mahu disumbangkan itu pernah digunakan untuk makanan halal sahaja. Korang juga perlu pastikan bekas terbabit telah dibersihkan. Jangan lah main letak macam tu je dengan sisa makanan. 

tupperware 2

Selain itu, penutup bekas tapau makanan juga perlu disumbangkan bersama. Jadi, jangan lah korang hantar bekas je, penutup tak tau ke mana.

Menerusi ruangan komen di Twitter, bekas makanan yang telah didermakan dikatakan akan digunakan semula untuk mengisi makanan untuk program-program tertentu. Mungkin sebab ni lah dorang nak bekas tupperware yang ada penutup. Baru lah senang nak edar makanan kan. 

tupperware 1

Jadi, korang tunggu apa lagi? Orang-orang sekitar Selangor dan Kuala Lumpur boleh lah mula menderma bekas plastik tapau makanan di stesen minyak ni. Baru lah betul, sama-sama jaga alam sekitar kan.  

Baca: “Wow magic!” – Netizen ‘Mindblown’ Tengok Lelaki Tunjuk 5 ‘Steps’ Basuh Bekas Berminyak, Tak Sampai Seminit!

tupperware

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.