in

Bekas Suami Berhutang Dengan Ah Long, Rumah Ibu Tunggal Pula ‘Diserang’

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu tunggal kini berada dalam ketakutan apabila rumah yang didiaminya bersama bapa serta anak yang baru berusia 10 bulan dibaling bom petrol.

Difahamkan, insiden yang berlaku di Pontian, Johor itu berpunca daripada bekas suaminya mempunyai hutang dengan peminjam wang tanpa lesen (Ah Long).


Artikel berkaitan: Berang Peminjam Tak Bayar Hutang, Ahlong Simbah Cat Merah Dekat Rumah Jiran & Kirim ‘Surat Cinta’

Artikel berkaitan: Nak Bayar Deposit Rumah, Gadis Terjerat Hutang Lebih RM30K Sebab Pinjam 16 Ah Long

Wanita berusia 27 tahun itu berkata ketika kejadian pada Jumaat lalu itu berlaku, dia dan bapanya menyedari terdapat cahaya di luar rumah sebelum kedengaran jirannya menjerit memberitahu terdapat kebakaran di luar rumahnya.

Dia yang hanya dikenali sebagai Pohlin berkata, dia dan bapanya terus berlari keluar sebelum mendapati terdapat kebakaran kecil bersebelahan pintu pagar dan segera memadamkannya.

“Saya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pada jam 6.24 pagi, terdapat dua individu menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah dan menyimbah minyak serta menyalakan api serta baling sesuatu ke dalam kawasan di hadapan rumah.

Mereka turut menyimbah cat merah, meninggalkan notis di atas tembok pagar rumah bertulis alamat, nama suami saya dan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi segera.

Saya percaya ia perbuatan ceti haram yang mengancam keluarga kami angkara bekas suami berhutang dengan ceti haram,” katanya.

Pohlin berkongsi, sebelum ini dia pernah menerima beberapa amaran dari pihak ceti haram untuk melangsaikan hutang, namun bekas suaminya berkata dia sudah melangsaikannya tetapi Pohlin masih lagi diganggu.

Disebabkan itu, dia membuat laporan polis bagi memastikan dia dan anak kecilnya sentiasa dalam keadaan selamat.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.