in

Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Dikejarkan Ke Hospital Selepas Pengsan Dan Tidak Sedarkan Diri

ismail sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dikejarkan ke Hospital Sunway Medical Centre di Kota Damansara, awal pagi tadi selepas dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri.

Berita tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Azran Fitri Rahim, lapor MalaysiaKini.


Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera tersebut.

“Ya, betul tetapi saya tidak ada maklumat lengkap, saya tidak dapat berhubung dengan Datuk Seri (Ismail Sabri) sekarang. 

“Datuk Seri masih bersama keluarga pada ketika ini, jadi saya mohon semua doakan yang terbaik untuknya,” kata Azran. 

Artikel berkaitan: Kongsi Gambar Berbaju Sedondon Sekeluarga, Nina Ismail Sabri Terima Ucapan Tahniah? 

Artikel berkaitan: [VIDEO] Dulu PM Kini TikToker? Netizen Teruja Tengok DS Ismail Sabri Buat ‘Food Review’ Ikan Singgang

IMG 20210707 WA0010
Datuk Seri Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 dan berkhidmat dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 

Mari kita semua doakan agar beliau cepat sembuh!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.