Peminat bola sepak tempatan baru-baru telah menerima khabar mengenai penyertaan bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao ke kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim JDT.
Khabar itu telah digambarkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu ciapannya. Ciapan TMJ itu mengambarkan baginda akan bertemu pemain kelahiran Colombia itu dalam masa terdekat.
See you very soon JDT31 💙♥️ @FALCAO @MorrisPagniell2 @OfficialJohor pic.twitter.com/pzLmIIzopc
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 27, 2023
Hantaran tweet dari TMJ kemudian dibalas oleh Falcao yang turut tidak sabar untuk bertemu pemilik JDT itu.
Falcao juga memberi bayangan bakal menyertai Harimau Selatan dan beraksi di Liga Malaysia.
Looking forward to seeing you… https://t.co/vgmmJVv7HE
— Radamel Falcao (@FALCAO) April 27, 2023
Menurut laporan daripada media Colombia, El Deportivo, JDT telah menawarkan gaji sebanyak 1 juta dollar semusim (bersamaan kira-kira RM4.45 juta). Gaji ini bagaimanpun tidak termasuk bonus tambahan yang akan diberikan.
Untuk rekod, sekiranya Falcao akan beraksi untuk JDT, ini akan menjadikan beliau pemain berprofil tinggi ketiga yang pernah bermain bersama JDT selepas Dani Guiza dan Pablo Aimar pada tahun 2013 yang lalu.
Baca: Media Antarabangsa Senaraikan Jersi JDT Antara Yang Terburuk Februari 2023