Datuk Pahamin Rajab yang juga merupakan bekas pengerusi AirAsia Berhad dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam penerbangan ke London, United Kingdom.
Berita pemergiannya itu telah dikongsikan sendiri oleh pelakon, Azhar Sulaiman yang merupakan menantu Allahyarham.
Menerusi Instagram, Azhar Sulaiman mengatakan Datuk Pahamin Rajab, 77 tahun ke London bersama isteri dan anak lelaki Azhar Sulaiman untuk menghadiri majlis konvokesyen cucunya.
Salah seorang cucu Allahyarham iaitu Kasih Iris Leona yang juga merupakan YouTuber terkenal turut berkongsikan berita duka tersebut di Instagram Story pagi tadi.

Untuk pengetahuan semua, Datuk Pahamin Rajab merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari tahun 1974 sehingga 1998, lapor Berita Harian.
Allahyarhamin Pahamin seorang yang sangat aktif dalam kegiatan tabligh.
Ahli keluarga Allahyarham difahamkan akan bertolak ke London esok.
Takziah diucapkan kepada keluarga Azhar Sulaiman dan semoga mereka dapat menempuh tempoh sukar ini dengan baik.
Baca: [VIDEO] Lelaki Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan Sehari Semata Nak Cuba Makanan Pesawat

