in

Bekas Miss Universe M’sia Dedah Diganggu Lelaki Berjubah Putih, Dakwa Siap Calit ‘Minyak’ Kat Leher!

francisca luhong diganggu lelaki berjubah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan takut dan trauma menyelubungi bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong baru-baru ini apabila dia mendakwa telah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian di Instagram, Francisca berkata hampir setahun yang lalu dia pernah diganggu oleh lelaki yang sama ketika musim Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) berlangsung.


luhong

“Dia pakai baju macam seorang ‘pendakwah’ dan bertanya kalau saya berseorangan”

Menurut Francisca, semuanya berlaku ketika dia sedang menunggu sekumpulan rakan di lobi Westin Hotel sebelum bergerak ke Pavilion untuk acara KLFW.

Ketika menunggu, ada seorang lelaki yang berpakaian seperti ‘pendakwah’ (berjubah putih dan lengkap dengan kopiah) mendekatinya dan bertanya sama ada dia berseorangan, apa yang dia buat, dia datang dari mana sambil cuba melihat Francisca TEPAT ke MATA.

fran 2

Saya rasa ada sesuatu yang tak kena ketika dia cuba bercakap dengan saya, saya cuba jauhi diri dari dia. 

“Walau bagaimanapun, dia macam tahu saya berseorangan, jadi dia masih mengganggu saya dan mengajak jika saya ingin minum kopi bersamanya atau bersembang dengannya di bilik hotelnya. 

“Perkara ini SANGAT MENAKUTKAN jadi saya menolak dengan baik dan meminta dia untuk tinggalkan saya. Tapi dia tak nak!” tulis Francisca.

Bekas Miss Universe ini kemudian memilih untuk meninggalkan premis tersebut dan pergi ke Pavilion seorang diri. Namun ketika dia berjalan, dia sedar lelaki itu mengekorinya dan cuba untuk mengejar dari belakang.

fran 3

Malah lelaki itu masih ‘ada muka’ untuk bertanya sama ada dia mahu melepak bersama-sama. Francisca berasa sangat takut dan berjalan dengan pantas ke KLFW.

Nasib baiklah lelaki itu pergi lepas nampak Francisca bercakap dengan seseorang di sana.

“Dia calit sesuatu di leher. Macam minyak atau apa” 

Menurut Francisca, perkara yang sama berlaku pada 17 Januari lalu ketika dia berada di Hotel Four Season selepas temujanji spa.

Francisca pada ketika itu baru sahaja keluar dari lif dan berjalan ke arah lobi untuk memesan Grab tapi sebaik saja dia duduk di lobi sofa, dia terkejut apabila melihat lelaki yang sama ada di situ!

jubah 1

Orang yang sama, baju yang sama tetapi warna kain di bahu saja yang berbeza. 

Yang paling teruk saya nampak dia letak (calit) sesuatu di leher! Macam minyak atau apa. Saya takut sangat, jadi saya bangun dan terus ke Starbucks di dalam bangunan itu. 

Saya juga telefon seorang rakan yang mengenali pengarah keselamatan di Four Seasons,” katanya.

2023 1

2023 2

Ketika di Starbucks, Francisca memberitahu cashier yang dia diekori seseorang dan tidak dia sangka lelaki tersebut mengekorinya masuk ke dalam premis Starbucks serta duduk bertentangan dengannya.

 

Cashier berkenaan kemudian meminta Francisca duduk berdekatan dengannya sementara dia memberitahu hal tersebut kepada manager premis itu.

 

jubah 2

Seperti yang telah dijangka, lelaki berkenaan mendekatinya dan duduk berdekatan dengannya. Tapi mujurlah selepas itu pengarah keselamatan tiba dan lelaki tersebut terus pergi dengan pantas secara tiba-tiba. Phew gilalah!

2023 3

“Tolong berhati-hati…”

Tambah Francisca lagi, kali ini lelaki tersebut tak berani nak bercakap dengannya kerana kawasan sekeliling ramai orang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga dia meminta para wanita untuk berhati-hati jika berdepan dengan situasi ini.

Jangan biar dia pegang anda atau jangan berani-berani tengok lelaki itu di matanya,” pesan Francisca.

https://www.instagram.com/p/CnhM5ZgharT/?igshid=MWI4MTIyMDE%3D

Katanya lagi, disebabkan ‘imej’ yang dibawa lelaki tersebut, dia tidak dihalau atau disoal oleh pihak berkuasa. Agak membimbangkan juga jika lelaki itu rupa-rupanya mengalami sakit mental dan mungkin bertindak di luar jangkaan.

Adakah dia seorang stalker? Atau hanya kebetulan semata-mata? Saya rasa tak selamat dan saya harap tiada sesiapa yang mengalami perkara ini lagi,” katanya lagi.

Harap korang kat luar sana berhati-hatilah kalau keluar berseorangan. Risau kena ganggu macam ni. 

Baca: Lelaki Jumpa Nota ‘Stalker’ Obses Perhati Pergerakan Jiran, Detail Giler Siap Dengan Masa!

stalker

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.