in

Bekas Ketua Polis Negara Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Sebab Fitnah Nurul Izzah

Khalid Izzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh pasal undang-undang berita palsu yang akan dikuat kuasakan di Malaysia dan khabarnya hukuman jika disabitkan kesalahan tu lagi berat daripada hukuman Akta Hasutan.

Jadi untuk sesiapa yang suka sebar berita tak betul dan fitnah orang, hukuman yang bakal diterima nanti mungkin boleh memudaratkan. Menurut Malaysiakini, semalam bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kena bayar RM1 Juta kepada Nurul Izzah Anwar sebab fitnah Naib Presiden PKR ni.


Negaara
sumber: the malay mail

Fitnah yang disebar Khalid dan Ismail Sabri

Ismail Sabri dan Khalid masing-masing diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk bayar RM600,000 dan RM400,000 kepada penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai tu. Sebabnya dulu Khalid ada fitnah Izzah dalam satu acara di masjid Bukit Aman pada 2015.

Katanya, Izzah berjumpa musuh negara sebab bergambar dengan Jacel Kiram, anak Jamalulail Kiram yang dipercayai jadi dalang pencerobohan di Lahad Datu tahun 2013. Ismail pula buat fitnah pasal Izzah di hari yang sama pada majlis berbeza. Ismail kahabarnya tuduh Izzah khianati negara dan isytihar perang terhadap Agong.

Aobuw2Mhtrajgqnefbqyn3Aot22Trifwiufg1J Csjvs
sumber: the star 

Nurul Izzah failkan saman dan menang tuntutan mahkamah

Menurut pesuruhjaya kehakiman, kenyataan yang dibuat oleh Khalid dan Ismail boleh berikan pandangan buruk pada anak sulung Anwar Ibrahim tu dan boleh sebabkan dia terima kebencian serta cemuhan orang ramai.

So lepas tu Izzah terus failkan saman pada November 2015 dan dia menang! Keputusan mahkamah membuktikan yang Khalid dan Ismail ternyata bersalah memfitnah Nurul Izzah dan diarahkan bayar sejumlah wang yang disebutkan.

Ismailsabri
sumber: malaysiakini

Salurkan wang saman kepada yang memerlukan

Lepas kemenangannya diumumkan semalam, Izzah berkata wang saman sebanyak RM1 Juta yang dimenangi tu akan disalurkan kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Nurul Izzah juga ada ingatkan semua untuk amalkan politik bersih sempena PRU14 yang akan datang.

“Mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap saya (kononnya sebagai pengkhianat). Tetapi saya seorang patriot. Dalam kita memasuki PRU ke-14 ini adalah peringatan kepada kita untuk mengamalkan politik baru dan bersih.”

Khalid Abu Bakar
sumber: the star

Haa kan dah kena bayar RM1 Juta hanya sebab suka-suka fitnah orang lain. Harapkan menjelang PRU14 ni kita semua boleh amalkan politik bersih dan elakkan sebar fitnah pasal orang lain.

Baca: Akibat Kutuk Najib dan UMNO, Lelaki Ni Kena Tahan dan Akaun Twitter Dirampas

Twuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.