in

Bekas CEO Nafi Dakwaan Cabul, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Akhbar Tempatan

partial blur

Baru-baru ni kecoh di media sosial apabila seorang bekas CEO telekomunikasi telah ditangkap hampir dua minggu lalu kerana didakwa menceroboh dan mengancam bekas isteri dan keluarganya.

Tak cukup dengan itu, pada 25 Mei lalu The Star telah menerbitkan laporan eksklusif mendakwa bekas CEO ini melakukan perbuatan tak senonoh terhadap anak-anaknya.

partial blur 1

Disebabkan ini, individu tersebut telah pun memuat naik posting di Facebook bagi menafikan perkara tersebut serta menceritakan apa yang sebenarnya berlaku sehingga dia ditangkap kerana menceroboh rumah isterinya.

Saya telah mengikuti nasihat pegawai penyiasat saya dan telah mendapat laporan perlindungan dari polis bagi mengambil anak lelaki saya berumur 9 tahun yang telah diambil untuk menginap satu malam bersama ibunya. Kejadian ini berlaku pada Deepavali (2018). Tapi dia (anak lelakinya) tak pergi ke sekolah keesokan harinya dan telefonnya juga tak berfungsi. Saya tak dapat menghubungi dia dan ibunya sepanjang tempoh itu.

Hari berganti minggu, saya telah membuat laporan orang hilang dan tak berjumpa atau dengar berita dari dia selama lebih 7 bulan. Dia tak kembali ke sekolah. Saya tak tahu apa statusnya. Dia mempunyai hak asasi manusia dan hak di bawah Akta Kanak-Kanak dan Akta Pendidikan. Tak ada penjelasan diberikan. Ibunya juga telah pindah rumah tanpa pengetahuan sesiapa.

Bayangkan saya cuba hubungi ibunya, suami dia dan anak saya tapi tak ada berita. Saya tak ada bukti yang dia masih hidup. Saya mempunyai hak penjagaan bersama dan dia hilang. Tahun sebelum itu juga dia turut diambil untuk cuti Krismas tanpa sebarang hubungan.

Saya telah menghantar puluhan emel kepada JKM, PDRM dan kemudiannya dinasihatkan untuk pergi ke rumah yang saya dan dua anak perempuan saya temui secara kebetulan.

partial blur 2

Saya telah membuat laporan selepas saya dan anak-anak perempuan saya tak dapat bertemu dengannya. Di dalamnya menyatakan bahawa pagar tidak berkunci dan sliding door terbuka dan anak perempuan bongsu yang bersama dengan saya dengar saya cakap “Ia tak berkunci”. Saya nak jumpa anak lelaki saya. Saya bapanya dan dia telah diculik. Saya tak tahu kalau dia masih hidup. Tahu tak macam mana traumanya untuk seorang anak tiba-tiba hilang dari rumahnya. Saya berikan akses terbuka kepada bekas isteri tapi dia telah rosakkan hubungan dengan anak-anak perempuannya dengan mengubah pemikiran mereka.

Individu ini juga turut kongsikan tangkap layar mesej WhatsApp yang diterima dari wartawan tersebut memintanya untuk komen tentang dakwaan cabul anak-anak yang dibuat ke atasnya.

partial blur 4

Dia mengakhiri posting tersebut dengan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas The Star dengan berkata:

Jangan lupa semua ni terjadi disebabkan anak lelaki saya yang hilang. Ia maklumat penting yang awak abaikan dan sengaja tinggalkan. Anak saya hanya berusia 9 tahun dan saya tak jumpa atau bercakap atau memegang atau bermain Fortnite dengan dia atau ketawa bersamanya selama lebih 7 bulan. Kakak-kakaknya juga rindukan dia dan kami sayangkan dia. Saya tak akan kecewakan anak-anak saya.

Saya seorang bapa dan saya akan buat awak bertanggungjawab atas perbuatan tak bertanggungjawab ini dan saya dah bersedia. Awak dah dapat perhatian dari saya.”

Sementara itu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan meneliti semula kesemua 17 laporan yang dibuat terhadap bekas CEO telekomunikasi ini dan kes melibatkan pencerobohan ke rumah bekas isteri masih dalam siasatan.

Hopefully kes ni dapat diselesaikan dan individu ni dapat jumpa semula dengan anaknya.